Mahkamah Sesyen Melaka hari ini mendakwa seorang eksekutif akaun sebuah syarikat pertanian atas enam pertuduhan pecah amanah dengan melarikan wang sebanyak RM680,126.13, empat tahun lalu.
Tertuduh, Tan Siau Ling, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam. Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh sebagai eksekutif akaun di Syarikat Hap Yeng Seng Sdn. Bhd. didapati telah melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang daripada akaun United Overseas Bank milik syarikat terbabit ke dalam akaun bank miliknya berjumlah keseluruhan RM680,126.13. Perbuatan itu dilakukan tertuduh antara 24 Mei 2019 sehingga 23 Oktober 2019 di Syarikat Hap Yeng Seng Sdn. Bhd., Jalan PM 5, Plaza Mahkota Melaka dalam daerah Melaka Tengah.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Aliff Asraf Anuar Sharuddin masing-masing mencadangkan jaminan sebanyak RM400,000 dan RM800,000 dengan mengambil kira jumlah kerugian dialami oleh syarikat terlibat. Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapu merayu jaminan rendah dapat diberikan dengan alasan dia tidak dapat menyediakan wang jaminan dengan amaun yang tinggi. Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan nilai keseluruhan RM55,000 berserta tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri sekali setiap awal bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai. Tarikh 18 Julai ditetapkan sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
_blackbird replied at 20-6-2023 01:33 PM
sis @Bipolajourney & tertuduh dah tubuhkan persatuan kelab penganiayaan diri sendiri. sendiri londeh ...
dudaberhias replied at 20-6-2023 05:37 AM
choiii patut la senyap je sis @Bipolajourney tak muncul2 dari tadi... rupanya dah kena kutip...kem ...
_blackbird replied at 20-6-2023 01:33 PM
sis @Bipolajourney & tertuduh dah tubuhkan persatuan kelab penganiayaan diri sendiri. sendiri londeh ...
CoffeeOverdose replied at 20-6-2023 03:35 PM
Mana nak baca sesi londeh aib sendiri bipolar tu? Ahahaha.. iol tk boleh kalau tk menyibuk.
dudaberhias replied at 20-6-2023 03:45 PM
japgi iols tag kaka dekat thread yang acik tu sendiri buka dan londehkan aib dia sendiri...
{:8_6 ...
CoffeeOverdose replied at 20-6-2023 07:35 AM
Mana nak baca sesi londeh aib sendiri bipolar tu? Ahahaha.. iol tk boleh kalau tk menyibuk.
Belibis replied at 20-6-2023 01:54 PM
Seb baik tak solat,tak bertudung..acik porum liberal terkedu nak komen apa.
_blackbird replied at 20-6-2023 04:02 PM
boleh baca kat sini
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5151434&page=53#pid1528403 ...
CoffeeOverdose replied at 20-6-2023 08:16 AM
Thank you! ❤️
_blackbird replied at 20-6-2023 04:20 PM
welcome. harap cuols terbuka hijab semasa membaca, sebab semua org pon tak paham dengan apa yg @Bi ...
CoffeeOverdose replied at 20-6-2023 08:29 AM
???????? mmg tk fhm apa dia cuba sampaikan. Conclusion : tanpa tali bungee, dia terus tuduh org ha ...
_blackbird replied at 20-6-2023 04:49 PM
bukan cuols sorg tak paham. kami semua pon tak paham. iols rasa polis pon tak layan rep ...
ADVERTISEMENT