Dublin: Ireland mempertimbangkan untuk memusnahkan kira-kira 200,000 lembu dalam tempoh tiga tahun akan datang dalam usaha mencapai matlamat iklim dan memerangi pemanasan global, memetik memo Kementerian Pertanian lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Hal ini kerana, lembu menghasilkan gas metana yang dianggap sebagai penyumbang utama kepada gas rumah hijau. Perbincangan antara penternak tenusu dan wakil kerajaan sudah dirancang, kata Pat McCormack, presiden Persatuan Pembekal Susu Pejal Ireland. Beliau berkata, kerajaan Ireland perlu menunjukkan komitmen serta mengemukakan bajet dan program seperti ini hanya boleh dilaksanakan secara sukarela. Menurut jurucakap kementerian itu, kerajaan tidak akan memaksa dan akan menyediakan tawaran yang menarik dari segi kewangan kepada penternak. Baru-baru ini, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Ireland mengumumkan bahawa negara itu mungkin gagal mencapai matlamat iklimnya.
Antara matlamat itu adalah berkaitan pelepasan dari sektor pertanian yang sepatutnya menurun antara empat hingga 20 peratus menjelang 2030. Secara keseluruhan, Ireland menyasarkan untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 30 peratus berbanding sasaran pada 2005. Sumber: Bernama |
grouper replied at 19-6-2023 07:16 PM
Lepas tu nak makan daging apa...mentang2 dh ada teknologi blh hasilkan daging dlm lab..
honeybee1802: Kita anjurkan le berpuasa sedu ...
pokokmeranti replied at 19-6-2023 07:14 PM
Cukup utk menampung makanan negara miskin. Knp lah nk musnahkan dgn alasan begitu.
sharlenetexas replied at 19-6-2023 09:56 PM
Makan daging bercetak?
B40tastePosh replied at 19-6-2023 10:06 PM
Methane ni kat mana2 wujud gas yang dihasilkan organisma pereput.
Sepatutnya kena fikir lah cam mana ...
sharlenetexas replied at 19-6-2023 10:23 PM
Yesss.... Sumber tenaga biomass.
ADVERTISEMENT