Dublin: Ireland mempertimbangkan untuk memusnahkan kira-kira 200,000 lembu dalam tempoh tiga tahun akan datang dalam usaha mencapai matlamat iklim dan memerangi pemanasan global, memetik memo Kementerian Pertanian lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Hal ini kerana, lembu menghasilkan gas metana yang dianggap sebagai penyumbang utama kepada gas rumah hijau.
Gambar hiasan.
Perbincangan antara penternak tenusu dan wakil kerajaan sudah dirancang, kata Pat McCormack, presiden Persatuan Pembekal Susu Pejal Ireland.
Beliau berkata, kerajaan Ireland perlu menunjukkan komitmen serta mengemukakan bajet dan program seperti ini hanya boleh dilaksanakan secara sukarela.
Menurut jurucakap kementerian itu, kerajaan tidak akan memaksa dan akan menyediakan tawaran yang menarik dari segi kewangan kepada penternak.
Baru-baru ini, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Ireland mengumumkan bahawa negara itu mungkin gagal mencapai matlamat iklimnya.
Antara matlamat itu adalah berkaitan pelepasan dari sektor pertanian yang sepatutnya menurun antara empat hingga 20 peratus menjelang 2030.
Secara keseluruhan, Ireland menyasarkan untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 30 peratus berbanding sasaran pada 2005.
Post time 19-6-2023 08:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ini bukan pasal agenda freemason nak kurangkan populasi dunia ataupun nak kurangkan makanan. Ini pasal lembu bila kentut dgn belahal dia keluarkan gas methane tak elok untuk iklim dunia. Ireland nak kurangkan gas ni le.
Post time 19-6-2023 10:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Methane ni kat mana2 wujud gas yang dihasilkan organisma pereput.
Sepatutnya kena fikir lah cam mana nak guna taik lembu dan sisa buangan sebagai tenaga bahan api untuk hasilkan elektrik
Post time 19-6-2023 11:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 19-6-2023 11:22 PM
sharlenetexas replied at 19-6-2023 10:23 PM
Yesss.... Sumber tenaga biomass.
Taik manusia pun hasilkan methane...so adekah kena hapuskan manusia...merepek...sepatutnya kena fikir najis haiwan, manusia, sampah dapur, sisa tumbuhan adalah renewable energy dan boleh buat duit.
Kehidupan manusia sekarang ni masih belum betul2 sustainable, perlu banyakkan lagi R&D.
trend ni akan berterusan satu donia,
msia pun akan ikut skrip bodoh yg sama,
2025, full force green policy,
government satu donia dah sign bawah satanist UN
siap sedia la korang makan serangga
sampai masa nanti, ini jer yang korang mampu beli dan makan
konvensional food bakal di hapuskan,
bisnes2 petani tradisional bakal di lingkup kan,
atas alasan free carbon, to protect climate change
manosia bangang jer percaya kentut dan taik lembu,
boleh mengubah cuaca