CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia Negara Kedua Pengguna Kacang Soya Terbesar Dunia

19-6-2023 01:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 442| Komen: 7

Jakarta: Indonesia adalah negara dengan pengguna kacang soya terbesar di dunia selepas China, dengan kebanyakannya digunakan untuk keperluan pengeluaran tauhu dan tempe.

Badan Pusat Statistik (BPS) menyatakan, sepanjang 2022, Indonesia mengimport kira-kira 2.32 juta tan kacang soya atau bernilai AS$1.63 bilion (kira-kira RM7.5 bilion) dengan kebanyakannya diimport dari Amerika Syarikat (AS).


Kompas melaporkan Profesor Makanan, Pemakanan, dan Kesihatan IPB University dan Pengerusi Forum Tempe Indonesia Made Astawan berkata, produktiviti kacang soya di Indonesia adalah sekitar separuh daripada produktiviti kacang soya di AS.

Gambar hiasan.

"Tambahan pula, keuntungan sehektar di peringkat petani masih lebih kecil berbanding jagung atau padi.

"Akibatnya, petani mengutamakan tanah mereka untuk menanam jagung dan padi," kata Made dilaporkan Kontan, pada Ahad.


Menurutnya, produktiviti kacang soya di Indonesia antara 1.5 hingga dua tan sehektar, manakala produktiviti di AS mencapai empat tan sehektar.

Produktiviti di AS lebih tinggi kerana tumbuhan kacang soya mendapat cahaya matahari kira-kira 16 jam, manakala Indonesia (cahaya matahari) selama kira-kira 12 jam.

Jika dibuat anggaran, purata import kacang soya Indonesia mencecah dua juta hingga 2.5 juta tan setahun.

Daripada jumlah keseluruhan import, kira-kira 70 peratus daripadanya diperuntukkan untuk pengeluaran tempe, 25 peratus untuk pengeluaran tauhu, dan selebihnya untuk produk lain.

Purata permintaan untuk kacang soya di Indonesia pula mencecah 2.8 juta tan setahun.

Pada 1992, pengeluaran kacang soya domestik mencapai 1.8 juta tan.

Ketika ini, pengeluaran kacang soya tempatan menyusut secara drastik kepada hanya di bawah 800,000 tan setahun dengan permintaan negara sebanyak 2.5 juta tan, paling banyak diserap oleh industri tauhu dan tempe.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 19-6-2023 01:52 PM
Tahu..Tempe mknn asasi dorang kot.
Quote sharlenetexas 19-6-2023 01:54 PM
Purplehaz replied at 19-6-2023 01:52 PM
Tahu..Tempe mknn asasi dorang kot.

Makan banyak soya tapi xde pulak masalah cyst dan fibroid. Ke ekstrak soya yg tak elok?

Quote Purplehaz 19-6-2023 03:15 PM
sharlenetexas replied at 19-6-2023 01:54 PM
Makan banyak soya tapi xde pulak masalah cyst dan fibroid. Ke ekstrak soya yg tak elok?

Entahlah...tapi ada baca protein tauhu bagus ...boleh elak cyst.

Org Indon portion byk mkn ulam/lalapan tu yg balance kot..sihat.
Quote Kitty_catz 19-6-2023 06:45 PM
luaskan kuasa mu tempe
Quote B40tastePosh 19-6-2023 06:46 PM
Purplehaz replied at 19-6-2023 03:15 PM
Entahlah...tapi ada baca protein tauhu bagus ...boleh elak cyst.

Org Indon portion byk mkn ulam/l ...

Bukan ke pakar pemakanan sana suruh elak makan soya import ke, sebab banyak penyakit punca dari tempe
Quote Supersirap 19-6-2023 06:47 PM
Minat dgn tofufa
Quote Suchi 19-6-2023 06:57 PM
Tauhu tempe ni protein murah
Dan sedap

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.060974 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top