Makkah: Bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid mengingatkan anak muda agar membuat tabungan di Tabung Haji (TH) dan tidak menghabiskan wang untuk membeli aksesori motosikal atau barangan mewah kerana hobi.
Wazi, 52, yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam itu berkata beliau kagum melihat ramai jemaah haji negara luar adalah dalam kalangan anak muda yang begitu bertenaga ketika melaksanakan ibadat. "Jadi, daripada membeli sport rim, topi keledar berharga RM2,000, RM3,000, lebih baik simpan dalam TH, hanya RM1,300 untuk mendaftar haji, panggilan (haji) insya-Allah akan datang," katanya kepada pemberita di sini. Beliau turut menyarankan TH untuk mendekati anak muda dengan pelbagai program khusus bagi menarik minat golongan itu menabung dan seterusnya mendaftar haji. "Mungkin perlu difikirkan bagaimana untuk meremajakan organisasi ini supaya anak muda tidak rasa jauh dengan TH," katanya.
Dalam pada itu, seorang jemaah haji muda Muhammad Haqim Mohd Farid, 18, yang tidak ditemani ahli keluarga berkata dia memberanikan diri untuk berjauhan dengan ibu bapa sepanjang berada di sini. "Lagipun, saya memang suka berjalan seorang diri, dah biasa seorang," katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Pemuda itu didaftarkan ibunya untuk menunaikan haji pada 2009 iaitu ketika beliau baru berumur empat tahun. Sumber: Harian Metro
|
FOTHER-MUCKER: Habis tu siapa yang nak beli s ...
FOTHER-MUCKER replied at 18-6-2023 06:12 PM
Habis tu siapa yang nak beli sport rim? Mereka muda remaja pun nak juga enjoy seperti mana waktu ko ...
ADVERTISEMENT