Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim, 64, tidak menyertai mana-mana parti politik walaupun ada pihak yang menawarkannya.
Terdahulu, tular di media sosial video Md Nasir hadir pada majlis ceramah anjuran Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini sekali gus timbul dakwaan beliau sudah menyertai PAS. Md Nasir berkata, kehadiran beliau pada majlis itu tiada kena-mengena dengan politik, tetapi diundang untuk memberikan penjelasan berhubung kisah di sebalik penamatan kontrak lebih awal sebagai CEO Finas berkuat kuasa 1 Jun lalu. "Saya tidak menyertai PAS sebagaimana didakwa segelintir pihak. Saya hadir pada majlis itu atas jemputan dan diminta memberikan penjelasan mengenai pemecatan itu. Jadi, saya bercerita hal yang betul untuk membersihkan nama. "Bukan sebab hadirnya saya itu nak sertai politik. Dalam ceramah saya pun, hanya bercerita mengenai kisah pemecatan dan usaha saya ketika bersama Finas terutama memerangi isu ketirisan dana untuk projek filem yang gagal dari 2015 hingga 2019," katanya.
Menurut Md Nasir, ketirisan dana yang berlaku dalam Finas itu kerana tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berkenaan dan ia wajar disiasat agar sesiapa yang berkaitan menerima hukuman setimpal. Katanya, isu ketirisan dana yang berlaku harus ditangani segera untuk perkembangan industri perfileman negara. Katanya, ia isu yang tidak boleh dipandang remeh dan dibiarkan begitu saja tanpa tindakan selanjutnya diambil. Md Nasir berkata, beliau juga berasa serba-salah dengan pelbagai dakwaan berunsur politik dikaitkan dengannya. Katanya, dia memang tidak menyertai PAS atau parti politik lain seangkatan kerana tidak terfikir mahu menjadi ahli politik. Pada sidang medianya baru-baru ini selepas penamatan kontrak perkhidmatan berkenaan, Md Nasir menjelaskan pemecatannya dalam tempoh kurang 24 jam sebagai CEO Finas itu tidak membabitkan masalah integriti dan salah laku diri seperti pernah melakukan jenayah. Beliau yang mengakui terkejut selepas menerima surat penamatan kontrak tugasnya pada jam 4.30 petang bertarkh 31 Mei lalu, bagaimanapun akur hanya dapat berkhidmat selama setahun tujuh bulan sebagai CEO Finas. Md Nasir yang juga bapa pelakon Anzalna dan Afifah Nasir dilantik untuk jawatan CEO Finas itu pada 31 Oktober 2021 bagi tempoh dua tahun yang berkuat kuasa mulai 1 November tahun itu sehingga 30 Oktober depan. Pelantikannya bagi menggantikan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyandang jawatan berkenaan selepas kontraknya berakhir pada 15 Oktober 2021. Sumber: Harian Metro
|
harisbee replied at 18-6-2023 07:22 PM
Patutla kena pecat
dudaberhias replied at 18-6-2023 07:36 PM
takde kena mengena dengan politik pun...
memang elok lah ko kena kick... dah la geran entah apa fil ...
Suchi replied at 18-6-2023 07:57 PM
Teringat pilem biktoria merah hahahah
Ntah apa2 la pilem tu
Eh patut panggil pilem ke
ADVERTISEMENT