CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 740|Reply: 7

Bekas CEO Finas Nafi Sertai PAS

[Copy link]
Post time 18-6-2023 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim, 64, tidak menyertai mana-mana parti politik walaupun ada pihak yang menawarkannya.


Terdahulu, tular di media sosial video Md Nasir hadir pada majlis ceramah anjuran Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini sekali gus timbul dakwaan beliau sudah menyertai PAS.


Md Nasir berkata, kehadiran beliau pada majlis itu tiada kena-mengena dengan politik, tetapi diundang untuk memberikan penjelasan berhubung kisah di sebalik penamatan kontrak lebih awal sebagai CEO Finas berkuat kuasa 1 Jun lalu.






"Saya tidak menyertai PAS sebagaimana didakwa segelintir pihak. Saya hadir pada majlis itu atas jemputan dan diminta memberikan penjelasan mengenai pemecatan itu. Jadi, saya bercerita hal yang betul untuk membersihkan nama.


"Bukan sebab hadirnya saya itu nak sertai politik. Dalam ceramah saya pun, hanya bercerita mengenai kisah pemecatan dan usaha saya ketika bersama Finas terutama memerangi isu ketirisan dana untuk projek filem yang gagal dari 2015 hingga 2019," katanya.


Menurut Md Nasir, ketirisan dana yang berlaku dalam Finas itu kerana tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berkenaan dan ia wajar disiasat agar sesiapa yang berkaitan menerima hukuman setimpal.


Katanya, isu ketirisan dana yang berlaku harus ditangani segera untuk perkembangan industri perfileman negara. Katanya, ia isu yang tidak boleh dipandang remeh dan dibiarkan begitu saja tanpa tindakan selanjutnya diambil.


Md Nasir berkata, beliau juga berasa serba-salah dengan pelbagai dakwaan berunsur politik dikaitkan dengannya. Katanya, dia memang tidak menyertai PAS atau parti politik lain seangkatan kerana tidak terfikir mahu menjadi ahli politik.


Pada sidang medianya baru-baru ini selepas penamatan kontrak perkhidmatan berkenaan, Md Nasir menjelaskan pemecatannya dalam tempoh kurang 24 jam sebagai CEO Finas itu tidak membabitkan masalah integriti dan salah laku diri seperti pernah melakukan jenayah.


Beliau yang mengakui terkejut selepas menerima surat penamatan kontrak tugasnya pada jam 4.30 petang bertarkh 31 Mei lalu, bagaimanapun akur hanya dapat berkhidmat selama setahun tujuh bulan sebagai CEO Finas.


Md Nasir yang juga bapa pelakon Anzalna dan Afifah Nasir dilantik untuk jawatan CEO Finas itu pada 31 Oktober 2021 bagi tempoh dua tahun yang berkuat kuasa mulai 1 November tahun itu sehingga 30 Oktober depan.


Pelantikannya bagi menggantikan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyandang jawatan berkenaan selepas kontraknya berakhir pada 15 Oktober 2021.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla kena pecat
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 18-6-2023 07:22 PM
Patutla kena pecat

Sebab? Menolak lamaran?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 07:36 PM | Show all posts
takde kena mengena dengan politik pun...

memang elok lah ko kena kick... dah la geran entah apa filem merapu pun di approvenyaa... belum lagi citer isu yang cannes tu lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 18-6-2023 07:36 PM
takde kena mengena dengan politik pun...

memang elok lah ko kena kick... dah la geran entah apa fil ...

Teringat pilem biktoria merah hahahah
Ntah apa2 la pilem tu
Eh patut panggil pilem ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 08:00 PM | Show all posts
Suchi replied at 18-6-2023 07:57 PM
Teringat pilem biktoria merah hahahah
Ntah apa2 la pilem tu
Eh patut panggil pilem ke

eee tak layak langsung di gelar filem...patut panggil sitkom je kaka tu pun acik2 semua masih rasa tak layak hokkeh,
baik upload kat youtube sebagai short movie jah ala2 youtuber oku tu...

dah la poster pun serupa macam poster ahlong tampal2 bawah jambatan...

pelakon pun semua main hangkut je sumbat dalam filem tu untuk perabih geran...

choiiii...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2023 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts

  



Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ayah masuk Pas, anaknya kenala bertudung semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053606 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list