Penyanyi Aina Abdul mendedahkan barang perhiasan yang digayakan pada konsert A Night With Aina Abdul Uni (University) Edition pada Sabtu mencecah RM1.6 juta. Ketika ditemui Oh Bulan!, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata jarang untuk dia tampil membuat persembahan dengan menggayakan barang perhiasan mewah.
Bagaimanapun, dia berbesar hati apabila diberi peluang untuk memperagakan barang kemas tajaan dari sebuah jenama terkemuka, Ceres Jewel. "Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Abu (penata gaya) dan Ceres Jewel di atas barang perhiasan ini. Saya adalah sejenis yang jarang tampil dengan barang-barang perhiasan sebegini. "Untuk malam ini yang ada di badan saya iaitu rantai, gelang, cincin dan sepasang subang berjumlah RM1.6 juta," katanya. Aina berkata demikian ketika sesi sidang media sejurus konsert tersebut melabuhkan tirai di Universiti Malaya (UM) pada Sabtu.
Barang perhiasan tersebut digayakan Aina ketika menyarungkan busana keduanya yang berona biru laut pada konsert berkenaan. Tambah pelatun lagu Sumpah itu, dia juga akan bekerjasama dengan jenama perhiasan berkenaan kelak. "Saya gayakan barang perhiasan ini sebabnya nanti akan ada kerjasama saya dengan mereka, insya-Allah. Untuk pengetahuan juga sebenarnya saya datang dengan busana yang ala-ala lampu, tetapi saya buka sebab nanti tak nampak jalan, ada gambarnya. Malam saya memilih untuk lebih minimalist supaya sesuai dengan lagu-lagu yang saya bawakan," katanya lagi.
|
dudaberhias replied at 18-6-2023 12:02 PM
ye ye je berjuta, sama la macam rafflesia dulu konon 10-20 juta...
rhoperrrnyaaaaa...
Piramida replied at 18-6-2023 11:57 AM
Kan cantik berbaju gini tak over tak merepek.
Kita yg nak tengok nak enjoy the songs pun rasa terhib ...
Buritan replied at 19-6-2023 08:56 AM
Dia pakai cntik cenggini pastinyaaa dia akan senduuusss.. so muka dah tak berapa JD ape kata buruk ...
ADVERTISEMENT