CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1663|Reply: 19

‘Jarang Saya Tampil Sebegini’ - Aina Abdul Gayakan Barang Perhiasan Cecah RM2 Juta -

[Copy link]
Post time 18-6-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Aina Abdul mendedahkan barang perhiasan yang digayakan pada konsert A Night With Aina Abdul Uni (University) Edition pada Sabtu mencecah RM1.6 juta.


Ketika ditemui Oh Bulan!, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata jarang untuk dia tampil membuat persembahan dengan menggayakan barang perhiasan mewah.


Bagaimanapun, dia berbesar hati apabila diberi peluang untuk memperagakan barang kemas tajaan dari sebuah jenama terkemuka, Ceres Jewel.


Sumber Oh Bulan!




"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Abu (penata gaya) dan Ceres Jewel di atas barang perhiasan ini. Saya adalah sejenis yang jarang tampil dengan barang-barang perhiasan sebegini.


"Untuk malam ini yang ada di badan saya iaitu rantai, gelang, cincin dan sepasang subang berjumlah RM1.6 juta," katanya.


Aina berkata demikian ketika sesi sidang media sejurus konsert tersebut melabuhkan tirai di Universiti Malaya (UM) pada Sabtu.


Barang perhiasan tersebut digayakan Aina ketika menyarungkan busana keduanya yang berona biru laut pada konsert berkenaan.


Tambah pelatun lagu Sumpah itu, dia juga akan bekerjasama dengan jenama perhiasan berkenaan kelak.


"Saya gayakan barang perhiasan ini sebabnya nanti akan ada kerjasama saya dengan mereka, insya-Allah.


Untuk pengetahuan juga sebenarnya saya datang dengan busana yang ala-ala lampu, tetapi saya buka sebab nanti tak nampak jalan, ada gambarnya.


Malam saya memilih untuk lebih minimalist supaya sesuai dengan lagu-lagu yang saya bawakan," katanya lagi.


  



A Night With Aina Abdul Uni Edition berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 2,500 penonton yang mengisi lopong setiap kerusi yang ada.


Pada malam itu Aina telah menyampaikan lebih 10 buah untaian lagu hist miliknya termasuk Sumpah, Terus Hidup, Semalam, Sepi, Ghost dan banyak lagi.


Dalam pada itu, Aina turut menyampaikan beberapa buah lagu dari penyanyi Indonesia yang dibawa secara medley, antaranya Hijrah Cinta, Sisa Rasa, Sang Dewi dan Tak Ingin Usai.


Dalam perkembangan lain, Aina berkata dia dan pasukannya sedang mempersiapkan diri untuk menjayakan konsert berskala besar bagi A Night With Aina Abdul 3.0 yang dijangka berlangsung pada tahun ini.




Sumber: Oh Bulan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan cantik berbaju gini tak over tak merepek.
Kita yg nak tengok nak enjoy the songs pun rasa terhibur.
Dr baju2 yg serabut, nak tengok dia nyanyi pun ai tak hingin. Sesak otak tengok baju2 merepek.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 12:02 PM | Show all posts
ye ye je berjuta, sama la macam rafflesia dulu konon 10-20 juta...
rhoperrrnyaaaaa...

perhiasan pun nampak buruk, tak shining langsung, yang puluh2 ribu pun nampak shining lagi...

macam retis2 hollywood pakai tu memang nampak juta2, sekali duduk atas pentas bersinar2 macam perhiasan yang anak sultan brunei kahwin haritu...

ni ena abedul muka berlubang ni pakai nampak macam beli rantai dari pasar selayang jah yang peniaga longgok2 je atas meja tu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 brand jah claim berjota2 kalau cartier ke bvlgari ke tumpang kagum lah jgk
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar atas tu mcm intan ladyana pulak
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi chan la dia nak merase..  Jadi pokok bunge pon sudah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetapppp…kalau gadai bleh g pejabat jkr mintak tampal lubang2 kawah pakai simen render
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceres jewl ni sama level dgn rafflesia mutiarakah?
Mesin basuhkah?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tehtap nampak murahan barang kemas itu. Lower grade kau kumpul banyak2 jadi 1 memang la jadi tinggi nilai. Cuba la diamond yg mahal2 tu kau pakai seketul dekat leher kau, memang tak berkalih la mata orang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
takpe la kali ni takde cerita pakai baju fesyen pelik2, cerita pakai barang kemas pun ok, asalkan bkn cerita nk kawen tapi tak kawen2, bukan cerita beranak tiap2 tahun, bukan cerita tukar jantan,
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanat mana la yang buat baju kau, jadik stylish kau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 07:26 AM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 19-6-2023 07:29 AM

kat malaysia ni memang sinonim ngan benda2 kepelikan...sbb rakyat suker....aku pun suker...orang yg tak pelik mmg tak kan kekal lama....sbb rakyat malaysia dahaga benda2 yg viral...benda2 yg pelik......bak rainbow...suka dunia yang warna warni...tak monotonous...teruskan aina ngan kepelikanmu...agar aku tak bosan ngan ko sbb sentiasa menceriakan hari2 ku....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 08:07 AM | Show all posts
tetap x berapa nk on!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 08:19 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 18-6-2023 12:02 PM
ye ye je berjuta, sama la macam rafflesia dulu konon 10-20 juta...
rhoperrrnyaaaaa...

tak pasal2 majlis kawin artis jadi jota-jota lemon valuenya tapi baju semua hauk dan old fashion, list tetamu pun pengantin tak boleh decide
gara2 artis hadap sangat tajaan barang kemas jota jota dari rafflesia
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 18-6-2023 11:57 AM
Kan cantik berbaju gini tak over tak merepek.
Kita yg nak tengok nak enjoy the songs pun rasa terhib ...

Dia pakai cntik cenggini pastinyaaa dia akan senduuusss.. so muka dah tak berapa JD ape kata burukkkan LG supaya org kenai.. tuu sibidahh tuu pun lagi dihodoh hodoh rupanyaa supaya org konaiii.. yg penting masyukk yg penting kayeeee..

Aku pun laki suh buat benda pelik nak bg dikenali . Tak pelaa.. brg sendu pun aendulaa yg penting aku happy. Wpun takde duit

Kak km yg  tayang puki tuu pun sbb terpksa jaa.. tak buat takde duit . Buat aje laa

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 09:12 AM | Show all posts
tetappppppppp ko nmpk x semenggah.. ntah la.. maafkn aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 19-6-2023 08:56 AM
Dia pakai cntik cenggini pastinyaaa dia akan senduuusss.. so muka dah tak berapa JD ape kata buruk ...

Hahahha betul jugak tu. Oklah if memang hadap utk dikenali waima di kecam teruk.
Dia org tu ketegori gitew lah kan.. Kategori malu itu apa boskur!!!

Tapi ai is meluat memang x minat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 09:50 AM | Show all posts
Apo pesen mcm zaman2 Kak Eton Meon & Rahimah Rahim bersarung tangan bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 09:55 AM | Show all posts
tak nampak nilai nya 2 juta pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 10:35 AM | Show all posts
Baju tu burukkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.072715 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list