|
Ketua kumpulan BigBang, G-Dragon dikenali dengan gelaran ikon fesyen cukup terkenal dengan gaya tersendiri. Sebagai 'trendsetter' dan tokoh berpengaruh dalam industri hiburan, G-Dragon telah memikat penonton dengan muzik dan pilihan fesyennya yang unik.
Menariknya, beberapa jenama terkenal telah mengiktiraf kehebatan fesyen penyanyi kacak itu dan sempat berkolaborasi dengannya. Jenama popular seperti Nike dan New Balance juga mencipta kasut khas untuknya, sekali gus melengkapkan penampilan ikoniknya dengan sempurna. Pengaruh G-Dragon dalam dunia fesyen tidak dapat dinafikan lagi apabila syarikat jenama kasut terkemuka sanggup untuk ‘custom made’ kasut untuk bintang itu menunjukkan populariti G-Dragon tidak pernah memudar. Kerjasama tersebut mengangkat pelantun lagu Crooked itu dalam liga tersendiri, selain memberi inspirasi kepada peminat.
Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.505176 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.