CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ibu Mendiang Moonbin Tulis Surat Terbuka Minta Netizen Berhenti Bergosip

15-6-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 496| Komen: 1

Description: Ahli keluarga, sahabat dan peminat Moobin yang juga anggota kumpulan ASTRO, masih berduka di atas pemergiannya pada usia 25 tahun, bulan lalu.Namun, ternyata ada juga yang mengambil kesempatan dengan ...
Ahli keluarga, sahabat dan peminat Moobin yang juga anggota kumpulan ASTRO, masih berduka di atas pemergiannya pada usia 25 tahun, bulan lalu.

Namun, ternyata ada juga yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan berita tidak sahih tentang Moobin sehingga memaksa ibu mendiang menulis sepucuk surat terbuka demi meminta jasa baik warganet berhenti bercakap buruk tentang anaknya.



AllKpop

Menurut kenyataan yang disiarkan Soompi, ibunya terlebih dahulu berterima kasih kepada semua pihak yang menyayangi anak dan terus melawat tapak persemadian Moobin.

“Saya berterima kasih dengan kasih sayang yang anda berikan terhadap Moobin. Walau bagaimanapun, saya melihat masih ada pihak yang menyebarkan berita tidak berasas tentang anak saya di beberapa komuniti kecil di internet.

“Sebagai ibu, hati saya sangat terguris dan dengan tersebarnya berita tak benar mungkin akan memberi lebih banyak perkara buruk pada orang lain.


“Saya tidak mahu anak saya menjadi bahan gosip dan tolong jangan mulakan berita tidak benar yang lain. Saya tidak mahu ada lebih banyak hati yang terluka,” tulis kenyataan tersebut.

Terdahulu media tempatan melaporkan Moobin ditemui sudah meninggal dunia di kediamannya di Gangnam pada 20 April lalu. 

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pihak berkuasa tidak menafikan penyanyi ini ‘mengambil nyawa’ sendiri.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 16-6-2023 10:38 AM
ramai lak retis kpop meninggal bunuh diri..stres sangat walaupun da femes gamaknya..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.041581 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top