Dijangkiti virus Covid-19 sebanyak tiga kali, penyanyi Liza Hanim, 44, mendedahkan wabak itu memberi kesan kepada kualiti vokalnya. Dengan usia meningkat, jangkitan itu turut mempengaruhi tahap kecergasan dan aksinya dalam persembahan langsung sekarang, ia tidak lagi sama seperti dahulu.
Pun begitu, pemilik nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim yang popular dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu berusaha mengatasinya agar peminat terus terhibur dengan persembahannya. "Cabaran menjayakan persembahan atau konsert ketika ini adalah kesihatan. Sekarang banyak penyakit 'mengarut' yang menyerang di mana akhirnya membuatkan suara kita akan berubah. "Rasanya sangat berbeza dengan tiga tahun lalu. Sekarang, kalau terkena virus seperti COVID-19, ia akan buat saya rasa seperti mahu mengalah dan kecewa. "Selain itu, wabak itu memberi kesan kepada pernafasan dan stamina. Tetapi, walaupun sudah tiga kali dijangkiti COVID-19, saya bersyukur sebab tidak seteruk orang lain yang sampai masuk hospital," katanya.
|
sleepandream replied at 18-6-2023 12:20 PM
sheols mmg dah tak keluar lagu baru ke? ke ada lepas habis GV?
suara sheols menten gemersik gituh... ...
sudirmanistas replied at 19-6-2023 10:09 AM
Fuhhh 3 kali kene covid ye. Alhamdulillah xda apa2. tpi rsenye mmg ada effect la, kalau dah smpi 3 k ...
ADVERTISEMENT