CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1879|Reply: 13

Liza Hanim Reda Proses Penuaan

[Copy link]
Post time 18-6-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Dijangkiti virus Covid-19 sebanyak tiga kali, penyanyi Liza Hanim, 44, mendedahkan wabak itu memberi kesan kepada kualiti vokalnya.


Dengan usia meningkat, jangkitan itu turut mempengaruhi tahap kecergasan dan aksinya dalam persembahan langsung sekarang, ia tidak lagi sama seperti dahulu.






Pun begitu, pemilik nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim yang popular dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu berusaha mengatasinya agar peminat terus terhibur dengan persembahannya.


"Cabaran menjayakan persembahan atau konsert ketika ini adalah kesihatan. Sekarang banyak penyakit 'mengarut' yang menyerang di mana akhirnya membuatkan suara kita akan berubah.


"Rasanya sangat berbeza dengan tiga tahun lalu. Sekarang, kalau terkena virus seperti COVID-19, ia akan buat saya rasa seperti mahu mengalah dan kecewa.


"Selain itu, wabak itu memberi kesan kepada pernafasan dan stamina. Tetapi, walaupun sudah tiga kali dijangkiti COVID-19, saya bersyukur sebab tidak seteruk orang lain yang sampai masuk hospital," katanya.


  



Justeru, Liza yang juga pemenang Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-17 berkata, antara perkara yang dilakukan adalah bersenam demi menjaga pernafasan termasuk mengembalikan stamina.


"Melihat usia yang meningkat dengan tahap kesihatan sering terjejas, saya perlu bersenam. Saya masih boleh menyanyi, cuma tidak dinafikan, susah-payah itu ada.


"Tapi, itu tidak menjadi masalah kerana tiada apa yang perlu dibuktikan sekarang. Saya hanya mahu menyanyi mengikut kemampuan serta sesuai dengan usia ketika ini sahaja," katanya.


Ditanya kebimbangan terhadap keupayaan vokalnya untuk beberapa tahun akan datang, ibu kepada lima cahaya mata itu menganggap ia adalah perkara normal, malah, Liza percaya rezeki sudah tercatat.


  



"Risau itu memang ada. Tetapi saya terima hakikat tahun ini usia sudah 44 tahun. Jadi, apa sahaja perubahan akan berlaku. Saya tidak boleh risau kerana ini adalah perkara normal.


"Saya hanya manusia biasa dan kulit pun semakin lama berkedut. Namun, saya tetap bersyukur kerana masih lagi boleh menyanyi.


"Alhamdulillah masih ada orang yang mahu dengar saya menyanyi. Kalau sudah tiba masa untuk berhenti menyanyi, saya akan terima. Namun, selagi diberi keizinan, saya teruskan sahaja," katanya.


Terbaharu, Liza akan tampil dalam Konsert P Ramlee - Signature A Minor 7 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya, Selangor, selama dua hari, mulai 7 Julai depan bersama Sean Ghazi.


Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara dah berubah jadi mesin tebu ke chuols macam acik eton sameon...

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara penyanyi terbaik Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 12:20 PM | Show all posts
sheols mmg dah tak keluar lagu baru ke? ke ada lepas habis GV?
suara sheols menten gemersik gituh... cuma bila high note terpejam2 mata
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 18-6-2023 12:20 PM
sheols mmg dah tak keluar lagu baru ke? ke ada lepas habis GV?
suara sheols menten gemersik gituh... ...

Ada je 2 ke 3 singles dh released termasuk yg duet dgn #shibai tp entahla semua x sedap bg iols…yg dgn #shibai tu lagi la terpekik terlolong xtau kt mana yg sedap tp bolos jugak ke ajl.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 09:24 AM | Show all posts
x mint sgt.. mcm poyo sgt klau dpt interview ker.. nyanyi ker.. rimas tgk aksi2 muka yg poyo tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2023 10:09 AM | Show all posts
Fuhhh 3 kali kene covid ye. Alhamdulillah xda apa2. tpi rsenye mmg ada effect la, kalau dah smpi 3 kali kan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sudirmanistas replied at 19-6-2023 10:09 AM
Fuhhh 3 kali kene covid ye. Alhamdulillah xda apa2. tpi rsenye mmg ada effect la, kalau dah smpi 3 k ...

Jangankan 3 kali, iols yg kena baru sekali ni pun dah berkeladak dalam tekak tak mau hilang, gi klinik dah berkali2 last2 Dr kata nanti baik sendiri ???? time demam selsema lagi la teruk sampai susah nak nafas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 10:41 AM | Show all posts
Dia nyanyi sambil jeling tu nmpk poyo tapi sore mantap.. ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:05 PM | Show all posts
Tak ada cara lain..memang kena exercise bagi stamina ok balik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:09 PM | Show all posts
dulu aku pernah beli kaset lagu2 p ramlee yg liza hanim nyanyi.. mmg best ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:30 PM | Show all posts
melisma sheols tak sedap lah, macam susah nak lenggok gitu. Zaman2 perform My All versi BM kat AIM tu sedaplah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:51 PM | Show all posts
Iolls lagi suka suara LH yang sekarang, dah ada weight gitu. Zaman2 muda sheolls dulu too airy. Kalau dgr pun takpuas like 70% je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 03:54 PM | Show all posts
tajok gosip pon ? reda dgn penuaan ? apo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042956 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list