CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noki Terasa Hati Tuju Tak Datang Majlis Kahwin MK Walaupun Dah Jemput

18-6-2023 10:15 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5363| Komen: 52

Walaupun sudah lama bersahabat namun hubungan rapat anggota kumpulan K-Clique yang lain dan Tuju bertukar renggang selepas timbulnya salah faham.

Pada majlis pernikahan dan resepsi salah seorang anggota iaitu MK yang berlangsung baru-baru ini, ramai yang bertanya keberadaan Tuju kerana kelibatnya sama sekali tidak kelihatan.



Kata Noki yang juga anggota K-Clique, dia terasa terasa hati apabila Tuju tidak hadir ke majlis persandingan sahabat mereka sedangkan MK sudah mengirimkan jemputan.

Pemilik nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji, 29, berkata, sebagai sahabat dia dapat memahami perasaan MK kerana dia sendiri berasa kecewa dan sedih apabila Tuju tidak hadir pada hari bahagia sahabat mereka.


"Saya nak komen banyak pun susah sebenarnya cuma jujurnya memang terasa biarpun bukan saya yang bersanding malam ini. 

"Sebagai sahabat saya faham perasaan mereka. Kecewalah, memang kecewa.

"Saya tak mahu fikirkan sangat tapi kalau ikut logik, dia sahabat kami yang berkawan sejak dulu sepatutnya datang.

"MK ada beri jemputan ke majlis pernikahan dan kenduri hari ini," katanya.


Tambah Noki, sudah enam bulan sejak kali terakhir mereka berkomunikasi dengan Tuju dan tidak menafikan berlaku sedikit salah faham sehingga hubungan mereka renggang.

"Kami memang tak ada hubunginya langsung sejak enam bulan lalu... Apa yang saya boleh katakan, kami memang ada sedikit salah faham yang rasanya susah sikit untuk diselesaikan," dedahnya.

Noki bagaimanapun tidak menolak sekiranya Tuju mahu kembali semula bersama K-Clique namun mengakui hubungan mereka mungkin tidak lagi akrab seperti dulu.

"Kami (K-clique) tidak ada masalah sekiranya Tuju ingin kembali tapi keakraban itu tidak akan jadi seperti dulu,” katanya.

Sebelum ini, penampilan Noki, Kdeaf, Somean, NastyNas dan Gnello segak mengenakan baju Melayu berwarna coklat cair menjadi dulang boys atau pembawa dulang semasa majlis pernikahan MK mencuri perhatian netizen.


Bagaimanapun, ketiadaan salah seorang ahli iaitu Tuju turut menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Pada Jumaat, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pichee 18-6-2023 11:35 AM
Lagu bru 1-2 yg famous dh bergado ke
Quote dudaberhias 18-6-2023 11:37 AM
Takyah datang pun takpe... Dah la kepam... Lagi pun tu majlis kahwin bukannya acara pertunjukkan budaya orang asli...

Quote CariMalay 18-6-2023 11:41 AM
Memang la sedih sebab salah sorang geng diorang yang dulu pernah sama2 mengunyit saling berkongsi lubang jubo dengan penuh kasih sayang tiba2 tak datang majlis perkahwinan member sekunyit, siapa je tak remuk bila hubungan kunyit makin renggang sebab nak cari member kunyit bukan senang, tak semua jejaka kacak dan tampan seperti abang Tuju adalah seorang kunyit
Quote heythere123 18-6-2023 12:19 PM
dudaberhias replied at 18-6-2023 11:37 AM
Takyah datang pun takpe... Dah la kepam... Lagi pun tu majlis kahwin bukannya acara pertunjukkan bud ...

tergelak je tau iols baca netizen komen majlis kelindanlori ni.

reason dipuji:
1. selawat masa masuk
2. wife tak pakai crown
3. wife pakai simple sajork

reason iols nak keji sebab kapel ni bukannya suci murni sangat, masa kapel dulu pon banyak bersentuhan dah
Quote heythere123 18-6-2023 12:20 PM
CariMalay replied at 18-6-2023 11:41 AM
Memang la sedih sebab salah sorang geng diorang yang dulu pernah sama2 mengunyit saling berkongsi lu ...

clique dorang penuh dengan gayah ke
Quote sleepandream 18-6-2023 12:24 PM
yang pasti bukan gaduh pasal pompuan khennn?
Quote Cokoro 18-6-2023 01:38 PM
heythere123 replied at 18-6-2023 12:19 PM
tergelak je tau iols baca netizen komen majlis kelindanlori ni.

reason dipuji:

Ohh gitu ke. Tapi ada kt tuiter kata wife dia malu2 manis gitu. Katanya pandai mk cari wife. Iols mcm nmpk dri gmbr dan video dh blh conclude ke tentulah masing2 ada baik n buruk
Quote Kancilkering 18-6-2023 02:08 PM
noki hensem gle
Quote miracle_forever 18-6-2023 02:08 PM
dudaberhias replied at 18-6-2023 11:37 AM
Takyah datang pun takpe... Dah la kepam... Lagi pun tu majlis kahwin bukannya acara pertunjukkan bud ...


kalau dtg pun, mohon pakai maskot orang utan macam kat the masked singer dulu tu. boleh cover muka kepam si Tuju-tuju tu
Quote heythere123 18-6-2023 02:44 PM
Cokoro replied at 18-6-2023 01:38 PM
Ohh gitu ke. Tapi ada kt tuiter kata wife dia malu2 manis gitu. Katanya pandai mk cari wife. Iols  ...

netizen kan biasanya camtu lah. Sebab pakai selawat bagai terus kapel tu nampak suci murni
Quote per706 18-6-2023 02:58 PM
Tuju ade tempat lain yg dituju. Ampun kan dia deq sebb tak menuju ke situ
Quote dua_chzy 18-6-2023 03:03 PM
pichee replied at 18-6-2023 03:35 AM
Lagu bru 1-2 yg famous dh bergado ke

Huish banyak lagu deols yang bemillion views di Youtube. Tapi dak2 bbnu ngan underground aje la layan. Deols baru naik mainstream pun dalam 2 tahun lepas je lepas lama pemes underground.
Quote dua_chzy 18-6-2023 03:04 PM
Walaupun korang hina rupa Tuju, dia la paling berbakat dalam K Kelik tu bagi aku. Suka suara dia yang raspy.
Quote dua_chzy 18-6-2023 03:05 PM
heythere123 replied at 18-6-2023 04:19 AM
tergelak je tau iols baca netizen komen majlis kelindanlori ni.

reason dipuji:

Urang sekarang sapa ja bercinta tak pegang2. Acik porum umo 40, 50 pon sah2 masa bbnu bercinta hada kissing2 at least pipi ka tangan
Quote MissVixen 18-6-2023 03:08 PM
Apa salah fahamnya? Mungkin lepas dah nikah, tuju tu busy dengan bini dan anak tiri kot. Sayangnya kalau berpisah, suara tuju lagi sedap dari mk ni.
Quote Lentera 18-6-2023 03:22 PM
Alawehhhh org tu x dtg kenduri pun korg nk sedih bagaiiii.. Rilex laaa.. Bknnya tak jadi nikah pun kalau tuju x dtg. Saje nk buat gosip bg lamelight kt group sendiri ekk
Mengalahkan pempuan pulak nak sentap2
Quote seripahzeripah 18-6-2023 05:10 PM
Alaahhh sudah la kau noki..kau pun memang kaki sentap..bila pompuan yg kau suka tu minat mk..kau maki pompuan tu kan..tak kan la kau buat² lupa... dasar perosak perempuan kau ni...
Quote Adeakukesah11 18-6-2023 05:15 PM
seripahzeripah replied at 18-6-2023 05:10 PM
Alaahhh sudah la kau noki..kau pun memang kaki sentap..bila pompuan yg kau suka tu minat mk..kau mak ...

Pussy hunter ke noki ni cuols?
Quote sharlenetexas 18-6-2023 05:15 PM
Tuju ni suami loca b? Anak tiri dia dpt jd warganegara ke tak?


Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.073061 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top