Terbabit dalam kemalangan ngeri pada 1990, penyanyi veteran, Zaiton Sameon, kini memegang status orang kurang upaya (OKU). Bagaimanapun, jiwa seni dalam diri penyanyi berusia 69 itu masih menebal dan tidak pernah luntur.
Mula mencipta populariti pada 1987 menerusi lagu Menaruh Harapan, penyanyi yang mesra disapa sebagai Kak Eton itu mengaku kesihatannya baik dan masih mampu beraksi di pentas. "Kesihatan saya masih stabil dan boleh dikatakan semakin baik hari ke hari. Saya tidak menjalani apa-apa rawatan atau mengambil ubat-ubatan. "Saya masih boleh menyanyi seperti biasa. Alhamdulillah tawaran untuk menjayakan persembahan dapat dipenuhi. "Apa sahaja persembahan saya mampu untuk jayakan biarpun sesetengah orang tidak percaya dengan keupayaan saya sekarang," katanya. Tahun lalu, Zaiton dikategorikan individu OKU fizikal oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana mengalami trauma kecederaan otak yang mengakibatkan hilang ingatan jangka pendek.
Zaiton berkata, beliau mengamalkan pengambilan makanan sunnah seperti madu dan kurma pada setiap hari untuk kekal cergas. "Saya masih dapat ingat lirik kebanyakan lagu saya dan tidak perlukan bantuan skrin," katanya. Sumber: BH Online
|
dudaberhias replied at 17-6-2023 03:02 PM
maaf la acik eton oiii...
suara pun dah macam mesin tebu... macam mana nak beraksi atas pentas... k ...
ADVERTISEMENT