CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 766|Reply: 3

Zaiton Sameon Kesal Keupayaan Diri Dipertikai

[Copy link]
Post time 17-6-2023 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Terbabit dalam kemalangan ngeri pada 1990, penyanyi veteran, Zaiton Sameon, kini memegang status orang kurang upaya (OKU).


Bagaimanapun, jiwa seni dalam diri penyanyi berusia 69 itu masih menebal dan tidak pernah luntur.


Mula mencipta populariti pada 1987 menerusi lagu Menaruh Harapan, penyanyi yang mesra disapa sebagai Kak Eton itu mengaku kesihatannya baik dan masih mampu beraksi di pentas.






"Kesihatan saya masih stabil dan boleh dikatakan semakin baik hari ke hari. Saya tidak menjalani apa-apa rawatan atau mengambil ubat-ubatan.


"Saya masih boleh menyanyi seperti biasa. Alhamdulillah tawaran untuk menjayakan persembahan dapat dipenuhi.


"Apa sahaja persembahan saya mampu untuk jayakan biarpun sesetengah orang tidak percaya dengan keupayaan saya sekarang," katanya.


Tahun lalu, Zaiton dikategorikan individu OKU fizikal oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana mengalami trauma kecederaan otak yang mengakibatkan hilang ingatan jangka pendek.


Zaiton berkata, beliau mengamalkan pengambilan makanan sunnah seperti madu dan kurma pada setiap hari untuk kekal cergas.


"Saya masih dapat ingat lirik kebanyakan lagu saya dan tidak perlukan bantuan skrin," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2023 03:02 PM | Show all posts
maaf la acik eton oiii...

suara pun dah macam mesin tebu... macam mana nak beraksi atas pentas... kalau kaka pun baik kaka pasang mesin tebu je terus atas pentas...

insyaallah ada je rezeki melalui cabang lain, yang pasti bukan nyanyian, cuba compose lagu ke... jual2 ke...

mesra2 la dengan peminat2 lama jangan la duk anggap masih diva retro di zaman tok kadok dahulu kala... kalau citer pasal zaman tok kadok tu... acik pojiah latif pun boleh menyanyi lagi... but now suara serhoper serombong kapal dah... cc @prince_marhaen

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape kata die propose nik Amir Mustapha ke, Dain said ke
Utk filem biografi sheols
Bkn filem tahap asl ada
Tp yg btl2 meruntun jiwa, yg blh beri jiwa utk terus move on
How to face new day bila kehilangan

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 09:00 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 17-6-2023 03:02 PM
maaf la acik eton oiii...

suara pun dah macam mesin tebu... macam mana nak beraksi atas pentas... k ...

..khensss...nak kata sihat, acik fauziah nawi & wan maimunah pun alhamdulillah masih sihat, tapi idok ler mendiva ye kata masih mampu menyanyi sedangkan dah macam jual air tebu...ye dok? ehehehe.. she tetap terperangkap di masa lalu ye.. jualan kat bazaar pun duduk saje sila panggung pegang plastik kerepek.. ala-ala mock up Amyra Rosli kat Baskin Robbins gittew...adakah she lawooo??


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.049409 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list