CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tawaran Menyanyi Masih Banyak Walaupun Keluar Raihan,"-Nazrey Johani

16-6-2023 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 669| Komen: 16

Raih populariti bersama Raihan, pastinya menjadi kenangan indah Nazrey Johani, 53.

Pada era 1996 nasyid 'mendunia' dan menjadi tarikan hingga luar negara sehingga mendiang Ratu Elizabeth II yang berkunjung ke Malaysia pada 1998 sempena Sukan Komanwel ketika itu turut meluangkan masa bertemu Raihan di Studio Synchrosound, Petaling Jaya.


Foto: IG

Walaupun sekarang Nazrey bergerak solo namun dia masih cukup diminati ramai kerana vokalnya tidak berubah.

Masih sedap didengar sebagaimana rakaman lagu dibuatnya bersama Raihan dahulu dalam cakera padat (CD), kelunakan vokal Nazrey masih padu dan bertenaga.

Mengulasnya, Nazrey menyifatkan dia bertuah menjadi antara insan terpilih yang dikurniakan Allah memiliki vokal lunak dan sedap didengar ketika menyanyi. Jelasnya, ini dinamakan rezeki.



"Kisah suara ini (vokal) sebenarnya memang ada sesetengah orang Allah letak satu 'tone' suara dalam diri dia, insya-Allah ia kekal selamanya begitu. Jadi, boleh dikata anugerah semula jadi.

"Ada orang memang begitu yang tidak boleh ditukar ganti suaranya. Dia (individu) sudah dilahirkan dengan satu 'vibe' suara asli dalam diri. Tapi, kena jaga juga dengan bersandarkan ilmu, kepakaran serta pembawaan suaranya.

"Namun, sejujurnya ia adalah perkara semula jadi dalam diri seseorang itu. Jadi, untuk saya akan gunakan anugerah suara ini berdakwah dalam lagu. Insya-Allah, saya sedia bekerjasama dengan sesiapa saja (penyanyi)," katanya.

Nazrey yang berulang-alik dari Ranau, Sabah ke Kuala Lumpur sekiranya ada tawaran menyanyi berkata, dia sentiasa menerima banyak undangan daripada pelbagai pihak, tapi memilih yang sesuai.

"Saya juga selesa mendiamkan diri. Tapi, apabila tengok jadual saya dan permintaan (tawaran menyanyi) masih banyak walaupun sejak keluar Raihan dulu. Cuma, saya kuatkan diri untuk buat pekerjaan ini dengan gembira.

"Apatah lagi, setiap keputusan yang dibuat, selalu saya meletakkan rasa dan fikiran kepada Allah. Saya lemah dalam membuat keputusan, tapi kena menganggapnya sebagai tanggungjawab perlu dilunaskan," katanya.

Menurutnya, dia tidak putus berdoa kepada Allah supaya memberikannya kegembiraan serta melancarkan segala urusan. Nazrey berkata, penting baginya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat Allah yang diperoleh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote phalanx 16-6-2023 06:04 PM
ok noted...........................................
Quote asfaz 16-6-2023 06:27 PM
Cerita pasal kau je lah. Tak hbs meratib group Raihan. Benda dah lama. Org pun tau suara  kau mmg sedap .
Quote Buritan 16-6-2023 06:34 PM
asfaz replied at 16-6-2023 06:27 PM
Cerita pasal kau je lah. Tak hbs meratib group Raihan. Benda dah lama. Org pun tau suara  kau mmg se ...

Cam gila talakkk jee
Quote dudaberhias 16-6-2023 06:35 PM
apa2 je lah nokkkk... ambil je lah kalau dah ada tawaran... jangan jual agama sudah macam si yebit... mantis gotg pun dia sanggup hangkut bawak malaysia... choiii

Quote TabletSusu 16-6-2023 06:36 PM
asfaz replied at 16-6-2023 10:27 AM
Cerita pasal kau je lah. Tak hbs meratib group Raihan. Benda dah lama. Org pun tau suara  kau mmg se ...

tp aku x suka suara dia.. pada aku x best.. x padu.. mcm nyaring yg bingit. sorry setad..!

ye ke tawaran menyanyi byk and ada lg..? xde pernah dgr berita pun.. gambar nyanyi kat mana2 pun x pernah bertebaran jgk. sudah2lah ratib nama Raihan.. berapa lama lagi nak nunggang nama raihan tu?
Quote asfaz 16-6-2023 06:58 PM
TabletSusu replied at 16-6-2023 06:36 PM
tp aku x suka suara dia.. pada aku x best.. x padu.. mcm nyaring yg bingit. sorry setad..!

ye ke  ...

Raihan pun malas layan.
Quote asfaz 16-6-2023 07:00 PM
Buritan replied at 16-6-2023 06:34 PM
Cam gila talakkk jee

Tu lerr..ai ok aje dgn dia ni sebelum ni tp bila asik meratib nama Raihan pastu kata Raihan tau kenapa dia keluar walhal dia sendiri kan keluar masa Raihan tgh top dulu.  Pastu kata dia ok je kalau Raihan ajak dia nyanyi. Hahaha sembelit otak baca
Quote Buritan 16-6-2023 07:32 PM
asfaz replied at 16-6-2023 07:00 PM
Tu lerr..ai ok aje dgn dia ni sebelum ni tp bila asik meratib nama Raihan pastu kata Raihan tau ke ...

Tu laaa.. tp yg bagus ahli raihan seko pun tak ngutuk dia.. bagus sikap depa.. tak panjangkan kes..
Quote sleepandream 16-6-2023 08:07 PM
ikutkan dah keluar group tak boleh dah nyanyi lagu2 lama raihan kecuali la lagu tu sendiri compose atau dah minta izin dulu khennn
Quote Sazreena 16-6-2023 08:11 PM
Kalau masyuk asal dulu ngemis kat pasar mlm ala-ala menyanyi sambil letak bekas..
Quote TabletSusu 16-6-2023 08:35 PM
Sazreena replied at 16-6-2023 12:11 PM
Kalau masyuk asal dulu ngemis kat pasar mlm ala-ala menyanyi sambil letak bekas..

sampai skrg pun masih ngemis tu.. tp skrg dah upgrade.. iklan kat fb
Quote orkidorkido 16-6-2023 08:38 PM
Kata keluar raihan sebab tak nak fofuler .. sekarang siap buat youtube la apa la .. cakap pusing pusing
Quote Chah21 17-6-2023 02:03 PM
sleepandream: ikutkan dah keluar group tak b ...

Kebanyakkan lagu raihan mmg dia yg tulis awak.. lagu favorite i kt inteam pon dia tulis
Quote supernaturalee 17-6-2023 11:02 PM
Chah21 replied at 17-6-2023 02:03 PM
Kebanyakkan lagu raihan mmg dia yg tulis awak.. lagu favorite i kt inteam pon dia tulis

Kannn
Despite style nyanyi dia tersendiri
Heols bgs buat lagu dan lirik jgk
Lagu2 popular raihan bnyk hasil tulisan Heols

Quote Chah21 18-6-2023 12:10 AM
supernaturalee replied at 17-6-2023 11:02 PM
Kannn
Despite style nyanyi dia tersendiri
Heols bgs buat lagu dan lirik jgk

Itula dlm baca mcm2 statement dia ,xleh deny lagu2 feberet i msa kcik2 hampir smua tulisan dia huhu.. time i penat sgt rasa xlarat nk mengahadap hari esok i dgar lagu kehidupan tulisan dia jgk
Quote Burong_Hantuk 18-6-2023 08:59 AM
alhamdulillah.....

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057723 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top