View: 627|Reply: 16
|
"Tawaran Menyanyi Masih Banyak Walaupun Keluar Raihan,"-Nazrey Johani
[Copy link]
|
|
Raih populariti bersama Raihan, pastinya menjadi kenangan indah Nazrey Johani, 53.
Pada era 1996 nasyid 'mendunia' dan menjadi tarikan hingga luar negara sehingga mendiang Ratu Elizabeth II yang berkunjung ke Malaysia pada 1998 sempena Sukan Komanwel ketika itu turut meluangkan masa bertemu Raihan di Studio Synchrosound, Petaling Jaya.
Foto: IG
Walaupun sekarang Nazrey bergerak solo namun dia masih cukup diminati ramai kerana vokalnya tidak berubah.
Masih sedap didengar sebagaimana rakaman lagu dibuatnya bersama Raihan dahulu dalam cakera padat (CD), kelunakan vokal Nazrey masih padu dan bertenaga.
Mengulasnya, Nazrey menyifatkan dia bertuah menjadi antara insan terpilih yang dikurniakan Allah memiliki vokal lunak dan sedap didengar ketika menyanyi. Jelasnya, ini dinamakan rezeki.
"Kisah suara ini (vokal) sebenarnya memang ada sesetengah orang Allah letak satu 'tone' suara dalam diri dia, insya-Allah ia kekal selamanya begitu. Jadi, boleh dikata anugerah semula jadi.
"Ada orang memang begitu yang tidak boleh ditukar ganti suaranya. Dia (individu) sudah dilahirkan dengan satu 'vibe' suara asli dalam diri. Tapi, kena jaga juga dengan bersandarkan ilmu, kepakaran serta pembawaan suaranya.
"Namun, sejujurnya ia adalah perkara semula jadi dalam diri seseorang itu. Jadi, untuk saya akan gunakan anugerah suara ini berdakwah dalam lagu. Insya-Allah, saya sedia bekerjasama dengan sesiapa saja (penyanyi)," katanya.
Nazrey yang berulang-alik dari Ranau, Sabah ke Kuala Lumpur sekiranya ada tawaran menyanyi berkata, dia sentiasa menerima banyak undangan daripada pelbagai pihak, tapi memilih yang sesuai.
"Saya juga selesa mendiamkan diri. Tapi, apabila tengok jadual saya dan permintaan (tawaran menyanyi) masih banyak walaupun sejak keluar Raihan dulu. Cuma, saya kuatkan diri untuk buat pekerjaan ini dengan gembira.
"Apatah lagi, setiap keputusan yang dibuat, selalu saya meletakkan rasa dan fikiran kepada Allah. Saya lemah dalam membuat keputusan, tapi kena menganggapnya sebagai tanggungjawab perlu dilunaskan," katanya.
Menurutnya, dia tidak putus berdoa kepada Allah supaya memberikannya kegembiraan serta melancarkan segala urusan. Nazrey berkata, penting baginya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat Allah yang diperoleh. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
ok noted........................................... |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita pasal kau je lah. Tak hbs meratib group Raihan. Benda dah lama. Org pun tau suara kau mmg sedap . |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 16-6-2023 06:27 PM
Cerita pasal kau je lah. Tak hbs meratib group Raihan. Benda dah lama. Org pun tau suara kau mmg se ...
Cam gila talakkk jee |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 je lah nokkkk... ambil je lah kalau dah ada tawaran... jangan jual agama sudah macam si yebit... mantis gotg pun dia sanggup hangkut bawak malaysia... choiii
|
|
|
|
|
|
|
|
tp aku x suka suara dia.. pada aku x best.. x padu.. mcm nyaring yg bingit. sorry setad..!
ye ke tawaran menyanyi byk and ada lg..? xde pernah dgr berita pun.. gambar nyanyi kat mana2 pun x pernah bertebaran jgk. sudah2lah ratib nama Raihan.. berapa lama lagi nak nunggang nama raihan tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 16-6-2023 06:36 PM
tp aku x suka suara dia.. pada aku x best.. x padu.. mcm nyaring yg bingit. sorry setad..!
ye ke ...
Raihan pun malas layan. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 16-6-2023 06:34 PM
Cam gila talakkk jee
Tu lerr..ai ok aje dgn dia ni sebelum ni tp bila asik meratib nama Raihan pastu kata Raihan tau kenapa dia keluar walhal dia sendiri kan keluar masa Raihan tgh top dulu. Pastu kata dia ok je kalau Raihan ajak dia nyanyi. Hahaha sembelit otak baca |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 16-6-2023 07:00 PM
Tu lerr..ai ok aje dgn dia ni sebelum ni tp bila asik meratib nama Raihan pastu kata Raihan tau ke ...
Tu laaa.. tp yg bagus ahli raihan seko pun tak ngutuk dia.. bagus sikap depa.. tak panjangkan kes.. |
|
|
|
|
|
|
|
ikutkan dah keluar group tak boleh dah nyanyi lagu2 lama raihan kecuali la lagu tu sendiri compose atau dah minta izin dulu khennn |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau masyuk asal dulu ngemis kat pasar mlm ala-ala menyanyi sambil letak bekas.. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai skrg pun masih ngemis tu.. tp skrg dah upgrade.. iklan kat fb
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata keluar raihan sebab tak nak fofuler .. sekarang siap buat youtube la apa la .. cakap pusing pusing |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream: ikutkan dah keluar group tak b ...
Kebanyakkan lagu raihan mmg dia yg tulis awak.. lagu favorite i kt inteam pon dia tulis |
|
|
|
|
|
|
|
Chah21 replied at 17-6-2023 02:03 PM
Kebanyakkan lagu raihan mmg dia yg tulis awak.. lagu favorite i kt inteam pon dia tulis
Kannn
Despite style nyanyi dia tersendiri
Heols bgs buat lagu dan lirik jgk
Lagu2 popular raihan bnyk hasil tulisan Heols
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 17-6-2023 11:02 PM
Kannn
Despite style nyanyi dia tersendiri
Heols bgs buat lagu dan lirik jgk
Itula dlm baca mcm2 statement dia ,xleh deny lagu2 feberet i msa kcik2 hampir smua tulisan dia huhu.. time i penat sgt rasa xlarat nk mengahadap hari esok i dgar lagu kehidupan tulisan dia jgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|