Seorang individu berang apabila berdepan dengan situasi di mana rakan sekuliah yang mengambil mode pengajian PJJ tidak dapat memberikan komitmen disebabkam kesibukan bekerja. "Crazy. If you're busy working then just work la (Kalau sibuk sangat bekerja, jadi kerja saja la). Tak payah sambung belajar kalau macam ni.
"Dengan tak tahu deadline bila. Macam mana boleh dapat kerja aku pun tak faham. No ethics to the lecturer langsung (tiada adab dengan pensyarah langsung). So glad that they're not in my group (lega kerana mereka bukan dalam kumpulan saya). Paling busy konon," luahnya di media sosial. Individu itu juga memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp dengan rakan sekuliahnya. Menerusi perbualan berkenaan, individu tersebut bertanyakan rakannya sama ada akan membuat pembentangan atau sebaliknya, namun jawapan yang diberikan benar-benar tidak diduga.
"Kami tak sempat buat apa-apa lagi. Masing-masing busy kerja," jawab rakannya sebagaimana yang terpapar di dalam tangkap layar perbualan mereka. Sekadar membuat luahan di media sosial, perkongsiannya mengundang perhatian warga maya yang turut berkongsi pengalaman yang sama. "Iya dah kena dulu. Sebab kerja katanya... orang bujang ni. Aku ni kena jaga anak lagi, kerja, boleh je komited buat assignment. "Jenis ni memang banyak...semua nak dikejar. Paling bercita-cita tinggi katanya. "Selalu team mate hauk begini, dengan markah kita sekali terbabit... menyusahkan orang. Assignment tak buat, kita sorang buat lepastu markah dia dapat juga. Baik buat assignment sorang-sorang," demikian antara komen netizen. Dalam pada itu, majoriti warga maya memberikan nasihat khususnya kepada individu yang berhasrat untuk menyambung pelajaran sambil bekerja agar tidak menyusahkan pihak lain di kemudian hari. "Bila dah register part time study tu maknanya kita dah ready untuk menjadi tersangat busy dan tak ada life. Sampai sedang meeting pun boleh sambil-sambil buat assignment untuk kejar deadline. "Satu je nak cakap. Jangan menyusahkan orang, lecturer dan team mates kau. Kalau rasa nak fokus kerja, berhenti belajar. Tak boleh nak bahagi komitmen, jangan cuba nak buat. "Fokus pada belajar dulu. Faham nak cari side income untuk tampung kos. Jangan kerana kejarkan hasil part time, hilang pelajaran yang merugikan masa depan dan result yang cukup-cukup makan."- CARI Sumber: mStar
|
shernazz replied at 16-6-2023 05:34 PM
Iols pernah je dpt ahli group hanat gini
Tibe masa nak compile semua assignment..tibe2 dia bg alasan ...
PULANGKAN replied at 16-6-2023 06:56 PM
sama
seminggu sekali, kitorang buat meeting, discuss assignment plus, nak tengok progress masing2 ...
shernazz replied at 16-6-2023 05:34 PM
Iols pernah je dpt ahli group hanat gini
Tibe masa nak compile semua assignment..tibe2 dia bg alasan ...
PULANGKAN replied at 16-6-2023 06:56 PM
sama
seminggu sekali, kitorang buat meeting, discuss assignment plus, nak tengok progress masing2 ...
makita replied at 16-6-2023 08:11 PM
Bab buat aseimen sesama ni yg stress nya lahai dpt yg perangai mcm2 msa buat degree. Tapi masa bua ...
ADVERTISEMENT