Tular video Meerqeen menghadiri sebuah acara fesyen di sebuah resort di Johor. Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila Meerqeen bergambar bersama Ameera Khan dan Neelofa sehingga ada netizen yang mengusik mereka sepadan bersama.
“Sesuainya Ameera dan Meerqeen,” komen netizen. Dalam pada itu, penampilan Meerqeen turut meraih perhatian netizen walaupun hanya mengenakan pakaian yang ringkas berwarna hitam. “Peliklah handsome-handsome sangat ni. “Jarang tak handsome Meerqeen ni,” tulis netizen. Acara tersebut turut dihadiri oleh ramai selebriti tempatan seperti Zahirah Macwilson, Aiman Hakim TRedza, Awal Ashaari dan ramai lagi. -CARI
Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT