CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Jumpa Wang RM262,000 Ditemui Dalam Timbunan Sampah Buat Laporan Polis

15-6-2023 11:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1176| Komen: 12

Tokyo: Seorang individu menemui wang tunai berjumlah kira-kira 8 juta yen (RM262,454) di sebuah premis perniagaan di bandar raya Niigata, Jepun, lapor laman berita The Mainichi semalam.

Menurut Balai Polis Niigata, individu yang mempunyai kaitan dengan lokasi perniagaan itu menemui wang tersebut dalam timbunan sampah di premis berkenaan pada 5 Jun lalu.


Gambar hiasan

Dia kemudian membuat laporan polis selepas menemui wang dalam jumlah yang besar itu.

Balai Polis Niigata mendedahkan penemuan tersebut semalam bagi mencari pemilik wang berkenaan.

Jika pemiliknya gagal tampil, individu yang menemuinya boleh menuntut wang tersebut. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 16-6-2023 12:34 AM
Oh kalau tak jumpa owner boleh jadi hak yg jumpa, bukan la gov ambik eh
Quote dudaberhias 16-6-2023 12:45 AM
yang jumpa tu mesti kaya dan tak hadap pun 262k tu hahahaha...
sana gaji tinggi yach... jangan memain...

ada kenalan dari jepun yang iols kenal pun sanggup perabih 60-80k untuk video game jah, bukan ada apa2 paedah pun...

Quote slyfynx 16-6-2023 12:49 AM
Ni kat Jepun.
Ce kalau kat sini...
Mmg x smpi 2 saat duit tu dah dibungkus semula dalam beg
Quote Kurex 16-6-2023 01:29 AM
dudaberhias replied at 16-6-2023 12:45 AM
yang jumpa tu mesti kaya dan tak hadap pun 262k tu hahahaha...
sana gaji tinggi yach... jangan memai ...

Arwah kenalan iols yg belajar dekat jepun baru bangkit dari kuburan. Takut iols nak balas dm dia. Takut sheols datang sebagai juon dan mengganggu iols. Tapi hantu tak boleh merentas lautan kan kaka.. selamat iols..
Quote miss_perfect 16-6-2023 08:58 AM
dudaberhias: yang jumpa tu mesti kaya dan t ...


Tapi bukan ke sebab orang Jepun ni jenis jujur. Ada cerita kan orang tertinggal laptop kat satu tempat ni, bila dia datang balik tempat tu, laptop tu ada je lagi kat situ takde sapa nak curi.
Quote esbok 16-6-2023 09:06 AM
miss_perfect replied at 16-6-2023 08:58 AM
Tapi bukan ke sebab orang Jepun ni jenis jujur. Ada cerita kan orang tertinggal laptop kat satu te ...

Entah jujur ke robot ke. Pernah hilang barang, orang yang jumpa bagi pada pengawal keselamatan, pengawal keselamatan simpankan sampai la kita pi ambik kat pengawal. Pengawal pun buat verification dulu baru dia serahkan.
Quote pittjie 16-6-2023 09:19 AM
miss_perfect replied at 16-6-2023 08:58 AM
Tapi bukan ke sebab orang Jepun ni jenis jujur. Ada cerita kan orang tertinggal laptop kat satu te ...

bukan satu kisah je sis pasal kejujuran org jepun ni. banyak sgt2. hahahha. ko tinggal je la hp ke laptop ke purse ke kat kedai ... ko dtg la balik kemudian2. ttp kat situuu jgk la. even iols pun ada kisah tertinggal barang kat toilet osaka. dah masuk dlm kapalterbang baru perasan. iols dpt balik ya barang iols tu. walau iols dah kat kl.

Quote prettyuglybabe 16-6-2023 09:59 AM
korang memang tak pernah jumpa orang baik ke sampai kejujuran pun jadi pelik sangat?
Quote esbok 16-6-2023 10:41 AM
prettyuglybabe replied at 16-6-2023 09:59 AM
korang memang tak pernah jumpa orang baik ke sampai kejujuran pun jadi pelik sangat?

Sejak aku jumpa dan dengar pengakuan orang yang boleh ambik barang orang tanpa sekelumit rasa bersalah, sejak tu aku appreciate setiap kejujuran yang aku jumpa. Malah doakan lagi mereka yang jujur ni.

Orang yang aku jumpa tu, luaran nampak baik. Tu barang simple, kalau duit? Apatah lagi 200k. Jumpa 200k, ambik lah 10k ke, boleh je report kat polis jumpa 190k je.
Quote venom1 16-6-2023 02:03 PM
tak pernah jumpa duit banyak.paling kuat RM1
Quote plywood 16-6-2023 02:11 PM
Kita kena appreciatelah perkara bagus spt ini ada dalam suatu masyarakat. Janganlah pulak nak kata masyarakat mereka kuat bunuh diri sebab tak nak terima kelebihan itu.

Kalau tempat kita jadi mcm ni hampir mustahillah dia buat report polis. Siapa cepat dia dapat, siapa tamak dia untung.. itulah yang akan kita terfikir bila kita ada terserempak duit banyak mcm tu
Quote Kitty_catz 16-6-2023 02:33 PM
tanjat tite.. ingat kek mesia tadi

kut kat jepun tu tak heran leeeeee

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.037373 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top