Sebuah kedai makanan viral di Bangkok, Thailand kerana kejelitan peniaganya. Menerusi video yang meraih lebih setengah juta tontonan, peniaga wanita itu kelihatan sedang menyediakan juadah mi rebus untuk pelanggannya.
"Ini adalah mangkuk restoran kami. Ia bersaiz besar. Apabila makanan dah siap, pelanggan boleh ambil bahan-bahan perasa tambahan di dalam restoran. "Ini adalah bahan-bahan untuk mi. Cili jeruk, gula dan kacang yang dihancurkan. Pelanggan boleh menambah bahan-bahan ini sesuka hati mereka," ujarnya. Peniaga itu turut menunjukkan semangkuk mi rebus yang turut dipenuhi dengan daging, taugeh, serta hirisan limau. Di penghujung video, kelihatan beberapa pelanggan lelaki sedang beratur sambil mengambil makanan di premis berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memuji kejelitaan peniaga itu dan meluahkan hasrat untuk berkunjung ke kedainya.
Selain komen dalam bahasa asing, beberapa komen rakyat Malaysia turut dikesan menerusi posting video berkenaan. "Macam sedap je mihun sup dia. Sepuluh kali ulang baru tahu dia buat mi. "Tak perlu jumpa bomoh buat pelaris, pelaris tersendiri dah ada. "Kalau macam ni, hari-hari datang makan," tulis beberapa netizen. -CARI Sumber: mStar
|
Ahriman replied at 15-6-2023 08:20 PM
Idok la lawa mane..tpi makann kat tangan dia nmpk sedap..
ADVERTISEMENT