CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panas Dan Kering, Suhu Musim Haji Di Mekah Diramal Cecah 43.6 Darjah Celsius

15-6-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 277| Komen: 4

RIYADH – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi mendedahkan ramalan keadaan cuaca di kota suci Mekah dan Madinah semasa musim haji akan datang. 

Saudi Gazette melaporkan, cuaca di Mekah dijangkakan agak panas dan kering pada waktu siang dan sederhana ketika malam. Purata suhu maksimum ialah 43.6 darjah Celsius manakala suhu minimum adalah 29.6 darjah Celsius.


Foto: AFP

Tambah NCM, kelajuan angin purata adalah antara 4 hingga 10 kilometer sejam dalam arah utara-barat laut yang menyebabkan ribut debu dan membawa kepada penurunan kualiti penglihatan mendatar.

Selain itu, cuaca di Madinah diramal agak panas dan kering pada waktu siang serta sederhana  waktu malam. Purata suhu maksimum di kota itu semasa musim haji ialah 43 darjah Celsius manakala suhu minimum adalah 29.3 darjah Celsius. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 15-6-2023 06:43 PM
Berapa Celsius pulak suhu api neraka?
Quote airmineral 15-6-2023 08:59 PM
masa haji 2019 suhu yg kat display masjidil haram tu pnh je paparkan lebih drpd 50deg.
pedih pipi woo
Quote Zazama 16-6-2023 12:48 AM
Ya Allah, semoga para jemaah2 haji terpelihara dari jatuh sakit dgn Rahmat dan Kasih SayangNYA dan direzekikan kekuatan mental fizikal selama dlm ibadah haji. Amin..
Quote rosedemon 16-6-2023 09:31 AM
ala anggp jela ujian khunsss

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.036383 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top