View: 287|Reply: 4
|
Panas Dan Kering, Suhu Musim Haji Di Mekah Diramal Cecah 43.6 Darjah Celsius
[Copy link]
|
|
RIYADH – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi mendedahkan ramalan keadaan cuaca di kota suci Mekah dan Madinah semasa musim haji akan datang.
Saudi Gazette melaporkan, cuaca di Mekah dijangkakan agak panas dan kering pada waktu siang dan sederhana ketika malam. Purata suhu maksimum ialah 43.6 darjah Celsius manakala suhu minimum adalah 29.6 darjah Celsius.
Foto: AFP
Tambah NCM, kelajuan angin purata adalah antara 4 hingga 10 kilometer sejam dalam arah utara-barat laut yang menyebabkan ribut debu dan membawa kepada penurunan kualiti penglihatan mendatar.
Selain itu, cuaca di Madinah diramal agak panas dan kering pada waktu siang serta sederhana waktu malam. Purata suhu maksimum di kota itu semasa musim haji ialah 43 darjah Celsius manakala suhu minimum adalah 29.3 darjah Celsius. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa Celsius pulak suhu api neraka? |
|
|
|
|
|
|
|
masa haji 2019 suhu yg kat display masjidil haram tu pnh je paparkan lebih drpd 50deg.
pedih pipi woo |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, semoga para jemaah2 haji terpelihara dari jatuh sakit dgn Rahmat dan Kasih SayangNYA dan direzekikan kekuatan mental fizikal selama dlm ibadah haji. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala anggp jela ujian khunsss |
|
|
|
|
|
|
| |
|