CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Selamba Bawa Almari Dalam But Teksi

15-6-2023 06:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 538| Komen: 3

BANGKOK – Beberapa gambar yang memaparkan sebuah teksi membawa almari pakaian besar di dalam but kereta menjadi tular di media sosial Thailand.

Thaiger melaporkan imej tersebut menunjukkan teksi itu bergerak di sebatang jalan raya di Bangkok.


Pemandangan luar biasa itu mencetuskan pelbagai reaksi dengan ada yang menyatakan kebimbangan tentang potensi bahaya kerana teksi tersebut membawa almari bersaiz besar.

Foto: FB

Ada dalam kalangan netizen membuat spekulasi bahawa imej itu telah disunting, namun terdapat pengguna lain mengesahkan mereka menyaksikan sendiri teksi tersebut sedang bergerak.

“Ya, saya nampak teksi itu dekat Monumen Kemenangan. Bagaimana mereka berjaya melakukannya?” kata seorang netizen.

Seorang lagi pengguna menambah bahawa dia melihat teksi itu sampai ke destinasi dengan selamat, namun almari pakaian telah terbalik manakala kaca pecah apabila ia dikeluarkan di sebuah lorong. – CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 15-6-2023 06:42 PM
Al-Mari ini salah satu nama-nama Allah ke?
Quote Atata 15-6-2023 08:00 PM
Kat tempat aku banyak begini ya. Kita iklan pintu ke almari ke kat market place, foc just ambik je sendiri. Tiber dia datang ngan kancil lantak lah engko asal benda tu clear dari rumah aku, terpulang la mcamana kau nak angkut barang tu
Quote rosedemon 16-6-2023 09:31 AM
biarla knp pon

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.028907 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top