View: 449|Reply: 3
|
Pemandu Selamba Bawa Almari Dalam But Teksi
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Beberapa gambar yang memaparkan sebuah teksi membawa almari pakaian besar di dalam but kereta menjadi tular di media sosial Thailand.
Thaiger melaporkan imej tersebut menunjukkan teksi itu bergerak di sebatang jalan raya di Bangkok.
Pemandangan luar biasa itu mencetuskan pelbagai reaksi dengan ada yang menyatakan kebimbangan tentang potensi bahaya kerana teksi tersebut membawa almari bersaiz besar.
Foto: FB
Ada dalam kalangan netizen membuat spekulasi bahawa imej itu telah disunting, namun terdapat pengguna lain mengesahkan mereka menyaksikan sendiri teksi tersebut sedang bergerak.
“Ya, saya nampak teksi itu dekat Monumen Kemenangan. Bagaimana mereka berjaya melakukannya?” kata seorang netizen.
Seorang lagi pengguna menambah bahawa dia melihat teksi itu sampai ke destinasi dengan selamat, namun almari pakaian telah terbalik manakala kaca pecah apabila ia dikeluarkan di sebuah lorong. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Mari ini salah satu nama-nama Allah ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|