Tular dakwaan seorang bekas juruteknik sebuah kilang coklat di Melaka mengenai proses pembuatannya tidak mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan. Justeru, dalam perkongsiannya yang dikongsi semula oleh pengguna Facebook, dia menasihati orang ramai tidak membeli coklat duit berbentuk duit syiling emas dan bola sepak.
Individu bernama Khai itu berkata, semenjak mengetahui perkara tersebut, dia menegah ahli keluarganya daripada membeli coklat itu. “Di sini aku nak beritahu, janganlah beli dan makan sebab terlalu kotor. Pekerja dia Nepal, sampai yang tangan kena kudis bernanah pun dia buat kerja gaul biskut coklat bola itu, uli guna tangan tanpa glove. Boleh bayangkan nanah-nanah itu melekat di coklat-coklat itu? “Semenjak hari itu, aku haramkan seluruh keluarga aku untuk beli coklat duit syiling dan bola sebab terlalu kotor.
“Ada yang meludah di tepi, kemudian coklat jatuh dan dikutip serta diproses semula. Jadi korang fikirlah sendiri selepas ini nak makan atau tidak. Memang jijik,” katanya. Dakwaan Khai itu menimbulkan kebimbangan orang ramai. Tidak kurang juga yang mempertikaikan dakwaan tersebut kerana sekiranya benar, Khai sepatutnya membuat aduan atau laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Sumber: The Reporter
|
ADVERTISEMENT