Tiada siapa dapat melupakan pembunuhan kejam Nurin Jazlin. 20 Ogos 2007 menjadi detik duka buat Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman apabila anak kedua mereka itu ‘lesap’ selepas ke pasar malam seorang diri untuk membeli sepit rambut.
Pada 17 September, kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemui di dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di kawasan rumah kedai. Selain kemaluannya disumbat dengan timun dan terung, jangkitan kuman menjadi punca utama pemergian Nurin. Encik Jazimin sukar mengecam identiti sebenar lantaran fizikal budak itu sudah berubah, namun dia berkata, itu bukan Nurin kerana tiada parut BCG dijumpai. Sebelum bedah siasat dijalankan, Puan Norazian bagaimanapun mengesahkan itu adalah anak mereka melalui kesan tanda lahir di bahagian paha. Sehingga kini, pelaku yang merentap kehidupan Nurin masih belum diberkas. Malah, identiti individu bermotosikal yang meninggalkan beg itu juga gagal disahkan kerana kualiti rakaman CCTV waktu itu amatlah kabur.
Bukan sahaja penubuhan NGO khas, bahkan pihak penyiasat pernah cuba mendapatkan bantuan pihak FBI di Perancis, United Kingdom serta Amerika. Namun, semua usaha itu menemui jalan buntu. Membayangkan penyiksaan yang terpaksa dihadapi Nurin pada nafas-nafas terakhir, ia cukup menyakitkan hati Encik Jazimin meskipun sudah hampir 16 tahun ia berlalu. Sejak dahulu lagi, dia sentiasa menggesa pihak berkuasa meneruskan usaha merungkai dalang di sebalik jenayah melampau tersebut. Sumber: Kisah Dunia
|
dani-rox replied at 15-6-2023 10:10 PM
Tak terasa dah 16thn. Semoga roh Nurin aman damai di sana.
Mungkin satu hari nanti sains forensik ...
Zazama replied at 16-6-2023 12:01 AM
Kalau tak dapat selesaikan pun, kaka sgt percaya. Pelaku sentiasa akan dihantui perbuatan keji dia t ...
sekngucing replied at 16-6-2023 12:10 AM
orang jahat manalah insaf
hanya kalau kita buat semula apa dia buat pada dia barudia menyesal
dani-rox replied at 15-6-2023 10:10 PM
Tak terasa dah 16thn. Semoga roh Nurin aman damai di sana.
Mungkin satu hari nanti sains forensik ...
anony-mous replied at 16-6-2023 01:48 AM
I harap sgt in my lifetime or her parent’s , case ni berjaya tangkap culprit dia. Xpuas hati sgt ...
kuzaime replied at 16-6-2023 06:30 AM
Kes adik nurin ni jadi masa aku pregnant anak ke 2 dulu, berbulan2 aku trauma teringat2 gambar di ...
sekngucing replied at 16-6-2023 12:09 AM
tak boleh detect melalui.sim card ke
no pendaftaran motor tu ke
anony-mous replied at 16-6-2023 01:48 AM
I harap sgt in my lifetime or her parent’s , case ni berjaya tangkap culprit dia. Xpuas hati sgt ...
dudaberhias replied at 16-6-2023 12:43 AM
lama dah kes ni... iols pun masih baby lagi masa tu...
kejam betul yach cara dia bunuh budak tu... : ...
ADVERTISEMENT