CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Song Joong Ki Rasa Macam Mimpi Timang Anak Di Rom

15-6-2023 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1263| Komen: 4

Aktor hebat Korea Selatan, Song Joong Ki 'menerima' hadiah terhebat dalam hidupnya apabila menimang cahaya mata lelaki pada 14 Jun 2023 baru-baru ini.

Berita tersebut disampaikan olehnya ketika berada di salah sebuah kafe milik peminatnya.


Menerusi portal korea n.news.naver.com, Song Jong ki baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem ‘Lo Ki-wan’ bertempat di Hungary dan pergi ke Cannes Filem Festival untuk memberikan penghormatan melalui filem ‘Hwaran’.


IG/Naver

“Saya masih mengalami hari yang menggembirakan sehingga saat festival filem terasa seperti mimpi”-kata Song Joong Ki ketika berada di sana

Tambahnya lagi, ketika itu Song Joong Ki tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak lelakinya itu. Kini Song Joong Ki berada di Rom Itali, untuk bertemu dengan bayinya serta memilih Rom Itali sebagai tempat kelahiran kerana disitu merupakan kampung halaman isteri tercintanya.


“Saya sangat gembira dapat bertemu isteri dan anak saya. Dia seorang bayi yang sihat dan saya sangat gembira untuk menjaga keluarga saya dengan hati yang bersyukur”-kata Song Joong Ki

Katanya lagi, ini merupakan hadiah paling berharga yang diberikan kepadanya dan isteri. Impian terbesar Song Joong Ki adalah untuk mewujudkan keluarga bahagia sepanjang hidup. 

Dia juga berterima kasih kepada semua orang yang telah mendoakan kebahagiaan serta keberkatan hidupnya itu.

Namun buat masa sekarang, nama anaknya masih lagi menjadi rahsia dan Song Joong Ki bakal mengumumkannya nanti.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anisanim 15-6-2023 10:52 PM
Tumpang gembira utk joong ki..mesti comel gila anak dia..
Quote mamajawie 16-6-2023 10:39 AM
aku masih xblh move on cmne dia blh cerai dulu pastu kawen dgn kokosen plak..
Quote Cokoro 16-6-2023 01:14 PM
Org speku sbb hye gyo xnak branak kan punca dia cerai.
Quote delia3003 16-6-2023 01:33 PM
Tahniah, kejap je terus dapat anak. Ye lah, umur pun dah berapa.

Anak lelaki biasa banyak ikut ibu, mesti comel.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.156447 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top