Merasakan ada sesuatu tidak kena dengan kehidupannya sejak kebelakangan ini, Atiq Azman mendedahkan dia menjadi mangsa sihir individu dikenali. Antara perubahan ketara yang dialami adalah dia menjadi seorang pemarah, keluarganya menjadi huru-hara selain berdepan kesempitan rezeki.
"Patut rezeki aku sekat, manusia tak akan pernah puas selagi orang yang dia dengki tidak jadi apa-apa. Kau sihir aku dah lama rupanya, kau bagi aku panas sepanjang masa. "Sikit-sikit nak marah, kau bagi keluarga aku huru-hara selain kerja banyak tak lepas daripada produksi. "Kau tutup aku supaya bagi orang tak nampak. Terima kasih, nantikan balasan Tuhan akan datang," katanya di Insta Story. Disebabkan perkara itu dia sering tertanya kesilapan apa telah dilakukan memandangkan sudah berbulan-bulan dia berdepan dengan pelbagai ujian. Tidak hanya dia tetapi ahli keluarganya turut diuji apabila berdepan dengan kemalangan secara bertimpa-timpa.
|
ADVERTISEMENT