CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 2

Jadi Pemarah, Keluarga Huru-Hara, Rezeki Sempit- Atiq Azman Dedah Disihir Orang Yang Dikenali

[Copy link]
Post time 15-6-2023 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Merasakan ada sesuatu tidak kena dengan kehidupannya sejak kebelakangan ini, Atiq Azman mendedahkan dia menjadi mangsa sihir individu dikenali.


Antara perubahan ketara yang dialami adalah dia menjadi seorang pemarah, keluarganya menjadi huru-hara selain berdepan kesempitan rezeki.


Foto: IG




"atut rezeki aku sekat, manusia tak akan pernah puas selagi orang yang dia dengki tidak jadi apa-apa. Kau sihir aku dah lama rupanya, kau bagi aku panas sepanjang masa.


"Sikit-sikit nak marah, kau bagi keluarga aku huru-hara selain kerja banyak tak lepas daripada produksi.


"Kau tutup aku supaya bagi orang tak nampak. Terima kasih, nantikan balasan Tuhan akan datang," katanya di Insta Story.






Disebabkan perkara itu dia sering tertanya kesilapan apa telah dilakukan memandangkan sudah berbulan-bulan dia berdepan dengan pelbagai ujian.


Tidak hanya dia tetapi ahli keluarganya turut diuji apabila berdepan dengan kemalangan secara bertimpa-timpa.


  



"Sampai aku meminta-minta pada Tuhan, apa salah aku buat sampai kau tutup rezeki aku, jahil sangat ke aku? Padahal aku solat lima waktu, sebelum ini baca surah Al Waqiah, macam baca Al Mulk tapi tetap sama saja.


"Berbulan-bulan sengsara atas apa yang kau dah buat dekat aku. Kemalangan berkali-kali, adik nombor dua kemalangan. Adik paling bongsu kemalangan patah tangan. Aku cukup serabut dah jadinya," katanya.


  



Susulan sudah tidak tahan dengan sihir itu, Atiq memberitahu akan mendapatkan rawatan dalam masa terdekat selain tidak peduli dengan perasaan individu tersebut.


Jelasnya, dia sudah cukup bersyukur mempunyai rakan dan keluarga yang sentiasa menyokong dan meminta agar individu tersebut segera bertaubat.


  



"Insya Allah dalam masa terdekat aku pergi berubat. Ingat kau Islam tapi kau menduakan Tuhan. Jatuh laknat besar kau dengan Allah, pergilah bertaubat selagi pintu terbuka," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 09:38 AM | Show all posts
alahaaiiiii sendu cm ko ni sapela rjin nak sihir cam xda pekdah je
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 02:46 PM | Show all posts
rezeki sempit sebab sihir???? semua tu ketentuan tuhan lah. jgn lah taksub sgt sbb perbuatan manusia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.122835 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list