Komposer Zul 2By2 juga dikatakan tidak terlepas digoda 'penyondol' yang mahu menagih kasih. Perkara itu didedahkan isterinya yang juga penyanyi Intan Maya, 40. Bekas anggota kumpulan The Girls ini berkata, mereka melakukan pelbagai taktik untuk menggoda suaminya seperti menghantar mesej menerusi media sosial.
"Mereka tak tahu, Instagram dan Facebook abang Zul saya yang jaga. Jadi, kalau mereka nak tuduh suami saya yang berbalas mesej dengan mereka, memang silap. Sebenarnya saya yang balas. "Tak dinafikan ada ramai perempuan mesej. Ada yang mengaku peminat dari negara jiran dan nak jumpa di Bukit Bintang sebab nak bagi hadiah. Apa salahnya kalau betul peminat dia, pos sahaja. "Paling tak boleh diterima, dia kata nak jumpa abang Zul seorang diri dan jangan bawa saya. Kenapa nak jumpa suami saya seorang diri? Nasib baik saya yang balas. Mereka belum kenal siapa saya. Ada juga yang hantar gambar lucah," katanya.
Intan Maya yang berkahwin dengan Zul pada 22 Februari tahun lalu kini membantu suaminya menguruskan 'food court' Dangau 2By2 di Kampung Melayu Subang, Selangor. Perniagaan ini turut dikongsi bersama seorang lagi anggota 2By2 iaitu Faizal. Dangau 2By2 mempunyai 13 gerai makanan dan bakal mempunyai beberapa gerai yang lain dalam masa terdekat. INTAN Maya bantu suami, Zul (dua dari kanan) menguruskan perniagaan makanan di Dangau 2By2. Antara gerai jualan yang sudah dibuka adalah gerai ikan bakar, aneka makanan barat, lontong kering, bihun sup, sate, masakan kampung, kari kambing dan banyak lagi. Dalam masa sama, Intan Maya mengakui gangguan sihir dalam rumah tangga mereka masih berterusan sehingga kini. "Setiap kali nak masuk Asar saya rasa berat di bahagian leher. Saya beritahu abang Zul dan dia bawa pergi klinik dan doktor bagi ubat. Saya tak nak makan ubat, tapi doktor paksa juga. Malah, doktor siap bagi suntikan lagi, tapi sakit saya tak juga hilang. Sampai azan Subuh baru hilang. Takkan saya nak menanggung sakit setiap hari. "Saya selalu mimpi pelik-pelik, didatangi perempuan, katanya kau tahulah nasib kau. Aku akan buat kau sampai cerai-berai. "Saya buat solat hajat, istikharah dan semua. Saya cuba tanya abang Zul mungkin dia ada peminat yang tak diketahui. Dia cakap dia pun tak pasti. Tapi, dia minta saya abaikan sahaja 'benda-benda' ini," katanya. Ini adalah perkahwinan kedua mereka selepas menempuhi kegagalan dalam perkahwinan terdahulu. Sumber: Harian Metro
|
dudaberhias: Hmmm kalau rhoper gini yang nak menyondol pun entah2 spesis bakal bini pakcik jeri jah yang sudi sondol pun... Perasan laki ko hot sangat nyah... Acik ...
cikatilia replied at 15-6-2023 03:24 PM
hahahaha ko jgn noks.. penyanyi khunes harus la hot
btw kedai dia dekat dgn rumah iols
dudaberhias replied at 15-6-2023 05:09 PM
choiii...mesti kedai tu jual bakso, ayam penyet, tempe, soto dan sambel kaka khennn..
ala2 gerai d ...
anony-mous replied at 15-6-2023 07:45 PM
Mcm xlogik jah rupa atok2 gitu ada yg nak. klau atok2 hensem berduit maybe la. Tp mmg x selera ne ...
ADVERTISEMENT