CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3298|Reply: 33

Setiap Hari Tanggung Azab Disihir, Intan Maya Dedah Suami Sering Diganggu Penyondol

[Copy link]
Post time 15-6-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Komposer Zul 2By2 juga dikatakan tidak terlepas digoda 'penyondol' yang mahu menagih kasih.


Perkara itu didedahkan isterinya yang juga penyanyi Intan Maya, 40.


Bekas anggota kumpulan The Girls ini berkata, mereka melakukan pelbagai taktik untuk menggoda suaminya seperti menghantar mesej menerusi media sosial.




INTAN Maya bantu suami, Zul (dua dari kanan) menguruskan perniagaan makanan di Dangau 2By2.




"Mereka tak tahu, Instagram dan Facebook abang Zul saya yang jaga. Jadi, kalau mereka nak tuduh suami saya yang berbalas mesej dengan mereka, memang silap. Sebenarnya saya yang balas.


"Tak dinafikan ada ramai perempuan mesej. Ada yang mengaku peminat dari negara jiran dan nak jumpa di Bukit Bintang sebab nak bagi hadiah. Apa salahnya kalau betul peminat dia, pos sahaja.


"aling tak boleh diterima, dia kata nak jumpa abang Zul seorang diri dan jangan bawa saya. Kenapa nak jumpa suami saya seorang diri? Nasib baik saya yang balas. Mereka belum kenal siapa saya. Ada juga yang hantar gambar lucah," katanya.


Intan Maya yang berkahwin dengan Zul pada 22 Februari tahun lalu kini membantu suaminya menguruskan 'food court' Dangau 2By2 di Kampung Melayu Subang, Selangor.


Perniagaan ini turut dikongsi bersama seorang lagi anggota 2By2 iaitu Faizal.


Dangau 2By2 mempunyai 13 gerai makanan dan bakal mempunyai beberapa gerai yang lain dalam masa terdekat.






INTAN Maya bantu suami, Zul (dua dari kanan) menguruskan perniagaan makanan di Dangau 2By2.


Antara gerai jualan yang sudah dibuka adalah gerai ikan bakar, aneka makanan barat, lontong kering, bihun sup, sate, masakan kampung, kari kambing dan banyak lagi.


Dalam masa sama, Intan Maya mengakui gangguan sihir dalam rumah tangga mereka masih berterusan sehingga kini.


"Setiap kali nak masuk Asar saya rasa berat di bahagian leher. Saya beritahu abang Zul dan dia bawa pergi klinik dan doktor bagi ubat. Saya tak nak makan ubat, tapi doktor paksa juga. Malah, doktor siap bagi suntikan lagi, tapi sakit saya tak juga hilang. Sampai azan Subuh baru hilang. Takkan saya nak menanggung sakit setiap hari.


"Saya selalu mimpi pelik-pelik, didatangi perempuan, katanya kau tahulah nasib kau. Aku akan buat kau sampai cerai-berai.


"Saya buat solat hajat, istikharah dan semua. Saya cuba tanya abang Zul mungkin dia ada peminat yang tak diketahui. Dia cakap dia pun tak pasti. Tapi, dia minta saya abaikan sahaja 'benda-benda' ini," katanya.


Ini adalah perkahwinan kedua mereka selepas menempuhi kegagalan dalam perkahwinan terdahulu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm kalau rhoper gini yang nak menyondol pun entah2 spesis bakal bini pakcik jeri jah yang sudi sondol pun... Perasan laki ko hot sangat nyah... Acik2 porum tengok pun terus menopos...

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rabun teruk penyondol ni...

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 03:04 PM | Show all posts
siapa taste dengan zul ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 03:24 PM | Show all posts
dudaberhias: Hmmm kalau rhoper gini yang nak menyondol pun entah2 spesis bakal bini pakcik jeri jah yang sudi sondol pun... Perasan laki ko hot sangat nyah... Acik ...

hahahaha ko jgn noks.. penyanyi khunes harus la hot

btw kedai dia dekat dgn rumah iols
hari tu iols pergi buta2 aku tgk mcm kenal aje reti berkenaan.. rupenye.....
pastu bini dia rambut sgt karat mcm berus sabut kelapa..aku ingat neng mana. sekali rupanya.. hahaha


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 03:26 PM | Show all posts
adoiiii lahaiii..
lawak hiburan di petang hari...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Laku keras jugak eehh laki dia ni. Siapa la yg gigih cuba menyondol tu agaknya [em:13:][em:13:][em:13:]
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Berhalusinasi kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:00 PM | Show all posts
pregnant ke nyah

despite zul is zul...
iols suka lagu2 yg heols buat utk ct, liza hanim (bicara manis menghiris kalbu,gelisah mimpi)
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:01 PM | Show all posts
kdg tak paham org yg colour kan rambut beia-ia karat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:09 PM | Show all posts
cikatilia replied at 15-6-2023 03:24 PM
hahahaha ko jgn noks.. penyanyi khunes harus la hot

btw kedai dia dekat dgn rumah iols

choiii...mesti kedai tu jual bakso, ayam penyet, tempe, soto dan sambel kaka khennn..
ala2 gerai dari jawa timur gittuh...

perasan gila macam laki dia hot... padahal acik2 forum semua tengok pun lebih rela deorang jadi andartu...




Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan peminat kot, maybe ex gfs zaman skolah ke lolz
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nok, asar kepala berat bukan sihir tu nok. Tu mmg sbb uolss suka tido petang tu. Dan2 sihir. Hihihi. Apoooo citer gosip gini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:51 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 15-6-2023 05:09 PM
choiii...mesti kedai tu jual bakso, ayam penyet, tempe, soto dan sambel kaka khennn..
ala2 gerai d ...

hahhahaha....memangis binik zul klu baca komen uouls...

apapun akak setuju 2000% dgn komen2 uouls....hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm xlogik jah rupa atok2 gitu ada yg nak. klau atok2 hensem berduit maybe la. Tp mmg x selera nengoknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 15-6-2023 07:45 PM
Mcm xlogik jah rupa atok2 gitu ada yg nak.  klau atok2 hensem berduit maybe la. Tp mmg x selera ne ...

SG syak scammer kot

Byk je skrg ni scammer pancing bg gambar2 naked ke as starter dulu…masuk perangkap pastu habis lah duit
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia punya feeling mcm laki dia chris hemsworth
Zul 2by2 jah kut
Tak berbaloi langsung nak bomohkan apalagi sondol
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cubaan melakukan kedai makan laa ni eh? Dr tak tau now org dh tau..yg penting kena ada cerita2 bg org nk ambil tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Skg ni masih gigih main game ke? Dedulu masa dgn wife lama igt lagi kuar cerita yg dia ni hantu game kan?..asik laa main game je kojenya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051101 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list