Mahu menjaga penampilannya sebagai seorang pelakon menjadi sebab utama Datuk Rosyam Nor melakukan rawatan tanam semula rambut. Kata pelakon itu, sebagai seorang aktor, dia mahu memberikan kepuasan, khususnya kepada peminat dan penonton yang telah lama mengikuti kariernya sebagai pelakon.
“Mereka (peminat) pernah lihat saya muda dan dalam masa sama mereka pernah lihat rambut saya berkurangan. “Nasib saya baik sebab sekarang ada teknologi, yang boleh cabut rambut di bahagian belakang dan tanam di depan. “Saya cuba berikan kepuasan kepada peminat dan penonton, dan dalam masa sama saya cuba dapatkan peminat baharu,” katanya kepada Gempak. Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana siri Astro Originals Jack Yusof yang diadakan di Dadi Cinemas, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam pada itu, Rosyam berkata, dia juga menjaga penampilan dan cuba berpakaian seelok mungkin, demi meraih sokongan daripada peminat yang lebih muda.
“Kalau dengan penampilan baharu, saya nampak muda tujuh hingga lapan tahun, kenapa tidak? “Kalau dulu masa saya mula-mula keluar, peminat saya berusia 20-an, dan selepas 30 tahun, usia mereka mencecah 50-an, jadi saya perlukan ‘pembeli baharu’. Jadi, saya cuba tampil secantik dan sehandsome mungkin,” katanya lagi.
|
PULANGKAN replied at 15-6-2023 01:56 PM
shuib dengan black haritu buat camni jugak eh
cikatilia replied at 15-6-2023 01:09 PM
tanam rambut = kepuasan peminat??
hurmmm...
doubleharmonic replied at 15-6-2023 03:23 PM
kan chuolss? sedeh la pemenat nya pon kot la nak suruh heshe bogel ke hapa kan berbaloi la jugak k ...
Parit.Hilton replied at 15-6-2023 02:22 PM
laa soeb buat jugak ka? yang aku tau dia pakai gigi pelesu
cikatilia replied at 15-6-2023 03:26 PM
xyah bogel la wei.. hahahahaha
tiba2 teringat filem yg hugh jackman ada bola kat dagu tu.. hahahah ...
ADVERTISEMENT