Mahu menjaga penampilannya sebagai seorang pelakon menjadi sebab utama Datuk Rosyam Nor melakukan rawatan tanam semula rambut.
Kata pelakon itu, sebagai seorang aktor, dia mahu memberikan kepuasan, khususnya kepada peminat dan penonton yang telah lama mengikuti kariernya sebagai pelakon.
YouTube/IG
“Mereka (peminat) pernah lihat saya muda dan dalam masa sama mereka pernah lihat rambut saya berkurangan.
“Nasib saya baik sebab sekarang ada teknologi, yang boleh cabut rambut di bahagian belakang dan tanam di depan.
“Saya cuba berikan kepuasan kepada peminat dan penonton, dan dalam masa sama saya cuba dapatkan peminat baharu,” katanya kepada Gempak.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana siri Astro Originals Jack Yusof yang diadakan di Dadi Cinemas, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rosyam berkata, dia juga menjaga penampilan dan cuba berpakaian seelok mungkin, demi meraih sokongan daripada peminat yang lebih muda.
“Kalau dengan penampilan baharu, saya nampak muda tujuh hingga lapan tahun, kenapa tidak?
“Kalau dulu masa saya mula-mula keluar, peminat saya berusia 20-an, dan selepas 30 tahun, usia mereka mencecah 50-an, jadi saya perlukan ‘pembeli baharu’. Jadi, saya cuba tampil secantik dan sehandsome mungkin,” katanya lagi.
Jack Yusof menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun. Rosyam membawakan watak komedi sebagai Jack Yusof iaitu seorang aktor senior yang popular, namun masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan suntikan botox.
ramai artis lelaki sekarang tanam rambut... iols baru je jengah ig klinik yang buat tu... kira banyak jugak deorang keluar duit nak promot untuk sponsor tanam rambut tu....
kan chuolss? sedeh la pemenat nya pon kot la nak suruh heshe bogel ke hapa kan berbaloi la jugak kepuasan tu ni takat tanam rambut jah dapat kepuasan apoooo