CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Rindu Dengan Senario Lepas Tengok Saiful Apek, Wahid, Azlee Dan Yassin Bersama, Mana Lan Pet Pet?

14-6-2023 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2040| Komen: 25

Tular video menampilkan kumpulan Senario yang terdiri daripada Saiful Apek, Wahid, Azlee dan Yassin, baru-baru ini.

Dalam rakaman tersebut, mereka berempat dilihat sedang menyusun kedudukan untuk bergambar di sebuah acara.


Namun, video tersebut kelihatan seperti tidak lengkap tanpa kehadiran salah seorang ahli kumpulan tersebut, Lan Pet Pet.


Ketiadaan Lan telah mengundang komen netizen yang berseloroh agar mereka tidak lagi bergaduh dan melupakan kisah lama.

Difahamkan komen tersebut merujuk kepada sebuah filem mereka, Lagi-Lagi Senario arahan Aziz M Osman.

“Lan Pet Pet tak ada ke? Janganlah gaduh-gaduh lagi. Benda dah lepas kan? Sama-sama dah meniaga restoran,” tulis netizen.


Netizen juga turut meluahkan rasa rindu untuk melihat mereka beraksi di kaca televisyen dan mengharapkan mereka akan membuat ‘comeback’ dalam masa terdekat.

“Masih segar dalam ingatan. Thankyou sudah menghiburkan kami


“Of course lah rindu! Saya doakan agar group ini sentiasa sihat selalu dengan ukhawah yang berkat

“Rindu sangat-sangat. Ya Allah dulu saya suka tengok cerita ramadhan tu yang pelakon perempuan tu kena baling batu oleh lan pet pet. Masa tu gadget tak canggih lagi,” tulis netizen. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 14-6-2023 03:21 PM
tak tahu pulak lan pet pet gaduh dengan senario... memang ada gaduh ke?
pelik jugak macam mana lan tu boleh jadi baran sejak makin tua... dah la badan pun keding... serhoperr di tolak terus patah riuk...

Quote ChiciLala 14-6-2023 03:26 PM
Haritu katanya Lan kerja kan. Dgn lawyer. Maybe sbb tu xdpt commit dgn Senario
Quote esbok 14-6-2023 03:47 PM
dudaberhias replied at 14-6-2023 03:21 PM
tak tahu pulak lan pet pet gaduh dengan senario... memang ada gaduh ke?
pelik jugak macam mana lan t ...

lagi lagi senario dud. dalam tu depa meniaga roti canai. gaduh dalam tu dud bukan kat luar tu
Quote dudaberhias 14-6-2023 03:58 PM
esbok replied at 14-6-2023 03:47 PM
lagi lagi senario dud. dalam tu depa meniaga roti canai. gaduh dalam tu dud bukan kat luar tu

alamak drama dalam senario rupanya... iols tak sempat merasa tengok citer tu maybe belum lahir lagi masa tu...tengok google rhopernya tahun 2001...

masa ni suara acik eton sameon pun masih merdu sebelum bertukar menjadi mesin tebu...

Quote Shahman86 14-6-2023 04:00 PM
Mana ada gaduh..pandai aje korang ckp diorang gaduh.yg gaduh kumpulan sepah bukan senario.si soeb dgn jep yg gaduh.senario mana ada gaduh
Quote KamikuP 14-6-2023 04:11 PM
Lan diulit oleh si Robitoh adik beradek che ta kot ekekekke
Quote kucingitam 14-6-2023 04:18 PM
gigih gi tgk rakaman senario kat sri pentas 2 dulu...menghiburkan betul
Quote mizruncing 14-6-2023 04:27 PM
hahahah lawak la baca komen2 kaitkan dgn lagi2 senario. teringat roti canai terbang
Quote PULANGKAN 14-6-2023 05:42 PM
tengok diorang dah berusia, dengan Iols sekali terasa tua  

dulu tengok kat tv, masing2 macam umo 20-an ja  
Quote exclusive_vvip 14-6-2023 05:53 PM
smpi skrg i x berkenan tgk Azli tu..nasib dia baik sgt sbb dpt join Senario..harapkan bakat melawak, xde berbakat sgt pun..annoying jah..
Quote asfaz 14-6-2023 06:01 PM
Shahman86 replied at 14-6-2023 04:00 PM
Mana ada gaduh..pandai aje korang ckp diorang gaduh.yg gaduh kumpulan sepah bukan senario.si soeb dg ...

Hahaha pasal gaduh tu netz rujuk filem diaorg. Kan gaduh bukak gerai sebelah2.
Quote asfaz 14-6-2023 06:02 PM
exclusive_vvip replied at 14-6-2023 05:53 PM
smpi skrg i x berkenan tgk Azli tu..nasib dia baik sgt sbb dpt join Senario..harapkan bakat melawak, ...

Memula dulu dia ok aje kan. Pastu tiber buat muka terencat. Jadi potong mood nak tgk.
Quote exclusive_vvip 14-6-2023 06:43 PM
asfaz replied at 14-6-2023 06:02 PM
Memula dulu dia ok aje kan. Pastu tiber buat muka terencat. Jadi potong mood nak tgk.

Haah dok buat muka terencat tu..dia ingat lawak sgt agaknya
Quote lucky_peace 14-6-2023 07:00 PM
Baru2 ni ada dorg bt film bersama kan, tyg kt astro first rasanya, aziz m osman jd director.
Quote timah03 14-6-2023 07:02 PM
Tapi diorang memang gaduh kan... Wahid kata Lan terasa hati dgn dia... Wahid dah minta maaf tapi Lan senyap je...
Quote rosedemon 15-6-2023 09:03 AM
dulu xda psaingan mstilah senario je glemer. kalau skrg ko tu dah tak laku rasanya
Quote marchikobonzo 15-6-2023 10:27 AM
Azlee tu bawak2 la berubah imej, dok rambut macam tu je, buruk nau..tukar la style melawak tu..orang tak suka lawak terencat tu
Quote dua_chzy 15-6-2023 10:32 AM
Aiols tak suka Senario tapi suka movie Senario XXX yang ada Fazura tu. Tengok sebab beriya aruah Yasmin Ahmad promote di blog. Ternyata best layan.
Quote jiwakacau06 15-6-2023 11:03 AM
dua_chzy replied at 15-6-2023 10:32 AM
Aiols tak suka Senario tapi suka movie Senario XXX yang ada Fazura tu. Tengok sebab beriya aruah Yas ...

movie senario sblum smpai ke tangan david teo mmg best.. dpt tgk muka original umie aida,zahida rafik,,, fazura...crta pn boleh relate dgn kehidupan biasa...

smpai ke tgn david teo... acah2 jadi rebutan pmpuan cntik...pdhal semua muka dh kertu...retis pmpuan pn xlawa mna...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052833 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top