CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hanya 10 Peratus Cakap Buruk Biskut Saya – Nurul Shuhada

14-6-2023 12:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8407| Komen: 205

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri menegaskan hanya sebilangan kecil pembeli yang memberikan maklum balas negatif terhadap biskut yang dijualnya sebelum ini.


Shuhada memberikan kenyataan itu berhubung sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pembeli dalam media sosial, baru-baru ini.



Menerusi video itu, pembeli tersebut meluahkan ketidakpuasan hati selepas dikatakan menerima bungkusan produk yang tidak kemas sehingga menyebabkan kandungan biskut di dalamnya hancur.


Shuhada berkata, dia sedar mengenai perkara itu dan berusaha menjejaki pelanggan tersebut, namun tiada sebarang maklum balas diberikan.


“Hanya 10 peratus bercakap buruk tentang biskut yang saya jual”.


“Bila saya berusaha mengesan pelanggan itu, tak pula dia balas mesej di WhatsApp. Mereka sengaja hendak menjadikan isu dan cuba memanaskan keadaan.


“Tiada isu pun sebenarnya, kalau 10 pelanggan yang datang beli hanya seorang yang cakap ada masalah, yang lain itu hanya tambah garam sahaja,” jelasnya.



Sejak memperkenalkan perniagaan pertamanya dengan jenama biskut ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’, ibu dua anak itu berkata, dia terbuka menerima sebarang maklum balas bagi tujuan penambahbaikan.


“Itu juga adalah satu pengajaran buat saya untuk mendalami lebih banyak ilmu tentang perniagaan seperti pemilihan produk serta bagaimana untuk kekal lama dalam bidang ini.


“Saya terbuka sahaja menerima komen daripada pelanggan,” katanya.



Sumber: Utusan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 14-6-2023 12:29 AM
tone down your ego makcik…  that is the main key in successful business…
Quote TerataiMelur02 14-6-2023 12:41 AM
eyansss replied at 14-6-2023 12:29 AM
tone down your ego makcik…  that is the main key in successful business…

Nampak dah sifat sebenar makcik ni selayaknya d cepuk
Quote dudaberhias 14-6-2023 12:43 AM
10% tu kira banyak jugak la tu nokkkk.... dalam 10 orang... sorang dapat haukkk... orang atleast under 5% ok lagi...

dan iols yakinnn dalam ramai2 tu ada yang terpaksa membisu... nak komplen malu dan takut terguriskan hati pompuan yang kena hempuk sampai tertinggal peta negeri sembilan kat muka... dah la keje buat citer sedih... so terpaksa reda je lah gamaknya telan biskut hancurrr persis order breadcrumbs untuk celup2 corndog tu atau buat goreng pisang...

Quote Taitaifollower 14-6-2023 12:45 AM
Knowing rakyat malaysia. Sama ade kami beli atas dasar kesian so elok ke buruk ke kami terima seadanya sebab niat sebenar sedekah. Or, kami beli memang nak makan. Tapi disebabkan kau tak berlapang dada maka, what for mengadu nanti kene block or delete.
Quote azimodin 14-6-2023 12:47 AM
Iouls xleh la tengok orang mengeringai ni.. ada je orang yg senyum memang nampak gigi tapi bila dibuat-buat over jadi rengsa pulak
Quote dua_chzy 14-6-2023 01:09 AM
Artis ke.
Quote namieamuro 14-6-2023 01:18 AM
Edited by namieamuro at 14-6-2023 01:19 AM

"Menerusi video itu, pembeli tersebut meluahkan ketidakpuasan hati selepas dikatakan menerima bungkusan produk yang tidak kemas sehingga menyebabkan kandungan biskut di dalamnya hancur."


pos biskut mmg risiko hancur tu tggi la. takkan tak study kot. kebanyakkan peniaga kuih pn takut nak pos kuih muih biskut bagai.

org dh bayar mahal. mestila org nk barang dibeli setimpal dgn harga yg dijual. takde perkataan maaf ke? apooooo

pdnla bungkus



larik.
Quote namieamuro 14-6-2023 01:21 AM
dua_chzy replied at 14-6-2023 01:09 AM
Artis ke.

setiap aktiviti die dh jadi bahan gossip kt porum. kalah apis rosdi yg sah2 retis
Quote doubleA 14-6-2023 02:54 AM
Over konfiden dia beli kt mana? Statistik tu self claim? Rasanya dia pun tau produk dia hauk dan takda pembeli berulang so bungkus siap2 ikat tepi
Quote lanacondor 14-6-2023 02:58 AM
Edited by lanacondor at 14-6-2023 03:01 AM

Sian dia ni. Biskut tu pon bkn sheols yg buatkn tp kwn dia. Dia just promote. Amek komisen je kira. Kalau sheols bc ni. Plz amek Ms tenangkn dri. Jauh kn la dr kwn2 ko yg amek kesempatan ni. Fokuskn ibadat n anak je skg ni. Ko xpyh post gmb ko makin kurus makin cun. Jantan ni kalau ati dia dh xske ko buat la body ko cmne dia xpndg. Cuba rapatkn dri dgn bini arwah abam tu. Tenang je. Mtk advice cra dia bangkit jd ibu tunggal
Quote likilu 14-6-2023 06:22 AM
namieamuro replied at 14-6-2023 01:21 AM
setiap aktiviti die dh jadi bahan gossip kt porum. kalah apis rosdi yg sah2 retis

Orang hensem ni penyabar
Duk jauh boleh la sabar. Ni kalau bukak kedai biskut ni tak tau la sekejap je viral sebab customer pun pakat hilang sabar ngan syukri yahya ni
Quote red_velvet 14-6-2023 06:37 AM
Berlagakk... 10% cakap buruk pasal biskut kau.. 90% g mana? Review kata biskut ko sedap mana? Ade la aku nampak org komen biskut ko sedap tu pun si dayah bakar lepas tu org yg ko jumpa kat mall pastu paksa diorg rasa biskut ko. Da tbtu2 la diorg puji kalau tak nnti ko merentan kt situ bgtau ko budak econ, degree holder MSU, cgpa 3 98...
so 10% komen buruk, 10% komen puja puji, 80% lagi unknown apa citer?? review  produk pun sendu, mee congek alip belut pun lagi ramai yg review..  Terima komen org walaupun komen tu negatif dgn rendah hati bushuk oiii .. minta maaf, bagitau yg ko newbie n akan cuba improve lg next time. Bukan berlagak kata cuma 10 percent je kata buruk. Macam ko yakin 90% lg happy sgt dgn biskut ko... Eeyaii.. mohon porumer yg salu tuduh acik porum kutuk bushuk ni sbb tk lawa study sket pasal perangai dia ni .dah berkajang2 pun benang org kumpul screenshot statement beria dia ni dlm segala sudut. Muka tak lawa, perabgai bagus automatik nampak lasa. Ni muka sedih, perangai hauk memang layak dicerca..
Quote red_velvet 14-6-2023 06:41 AM
namieamuro replied at 14-6-2023 01:18 AM
"Menerusi video itu, pembeli tersebut meluahkan ketidakpuasan hati selepas dikatakan menerima bungku ...

Biskut bushuk yg harga 49.90 tu dia bungkus dlm plastic pouch macam goodies kenduri kawin tu je pastu dia balut dengan jaring2  pembalut buah kat supermarket tu ... Agaknye dia tak tau kewujudan bubble wrap @ air bubble wrap
Quote Glass_shoes 14-6-2023 06:51 AM
Edited by Glass_shoes at 14-6-2023 06:53 AM

kenapa baru sekarang nak respond..bukan dah lama ke psl video tu?business pon dah kambuih

tetap xnak kalah ye jawapan
Quote Mulotkoyak 14-6-2023 07:17 AM
dudaberhias: 10% tu kira banyak jugak la tu ...
iols br nk carut… 10% tu byk kot…kalo dlm food analysis kne less than 1% org xsuka. Kalo lebih product xleh dilancarkan atau diproduce.Bodoh btol makcik ni. Lg satu news ni masa bila plak isteri kepada hafidz roshdi. Xpyh dh guna isteri kepada dot dot dot. Sbb org tu dlm proses penceraian. Banggang abadi.
Quote Naftalena 14-6-2023 07:38 AM
Defensive sungguh minah ni.

Kemain gigih buat video timbang berat semata-mata tak mak orang kata dia dia tipu berat badan.
Quote Burong_Hantuk 14-6-2023 07:40 AM
Dia nih feeling2 retis ..
Quote Incanto 14-6-2023 07:43 AM
10% cakap buruk pasal biskut

90% lain tak beli sbb harga tak masuk akal

patutlah bungkus
Quote prizadane 14-6-2023 07:44 AM
Terbuka? Bersikap terbuka terhadap teguran? Seems like your statement macam contradict je dengan so called terbuka tu dik oi. Kalau terbuka, buat penambahbaikan. Kaji semula target market, come out with better packaging etc n tak melenting n not playing with single mother’s card ya.

Lihat semua komen(205)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.091314 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top