Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu dan memberi kata-kata semangat kepada peserta program realiti America's Got Talent 2023 dari Indonesia, Putri Ariani, 17, yang berhasrat ingin berduet dengannya.
Siti, turut menitipkan pesan kepada Putri Ariani agar terus berusaha untuk membanggakan ibu bapanya serta negara termasuk berpegang teguh pada agama dan jati diri. "Masya Allah adik Putri Ariani, teruslah berjaya dan terbang tinggi, banggakan ibu bapa mu dan negara mu, serta terus menjaga agama dan jati dirimu," tulisnya. di IG. Coretan ingatan ikhlas daripada Siti itu mendapat maklum balas daripada Putri Ariani yang berterima kasih dan menyatakan impiannya untuk bertemu sekali gus dapat berduet dengan penghibur nombor satu tanah air itu. "Terima kasih banyak. Putri suka sangat lagu-lagu Siti, semoga boleh berjumpa, nak sangat berduet," balasnya yang mendapat respon seterusnya daripada Siti.
"InsyaAllah sayangku," balas Siti. Terdahulu, nama Putri Ariani menjadi tular dan menarik perhatian netizen di media sosial selepas mendapatkan 'Golden Buzzer' daripada juri America's Got Talent 2023, Simon Cowell pada sesi uji bakat disertainya. Menariknya mengenai gadis istimewa ini, dia disifatkan Cowell sebagai antara peserta terbaik pernah terbabit dalam America's Got Talent yang layak mendapatkan 'Golden Buzzer' itu kerana bakat dimiliki. Mengenali Cowell yang tidak mudah menekan butang 'Golden Buzzer' untuk diberikan kepada peserta, Putri Ariani berjaya mencetuskan kejutan ramai.
|
dua_chzy: Aiol tafaham camna sheols dapa ...
dua_chzy replied at 13-6-2023 09:08 PM
Aiol tafaham camna sheols dapat golden buzzer sebab idok la impressive mana pun perfomance she.
miss_perfect replied at 13-6-2023 10:11 PM
Huhuhu... I rasa pun gitu. Dia boleh nyanyilah, tapi tidaklah buat i terkesima dan terpaku kekagum ...
miss_perfect replied at 13-6-2023 10:11 PM
Huhuhu... I rasa pun gitu. Dia boleh nyanyilah, tapi tidaklah buat i terkesima dan terpaku kekagum ...
dudaberhias replied at 13-6-2023 10:35 PM
sebab dia asian + buta + pakai tudung...
kan sekarang ni culture woke kaka...
makadek replied at 13-6-2023 10:52 PM
Geng matsaleh kulit berkerak mmg bangsa mudah terpegun terkagum terhibur
Stand up komidi ckp 2ptah ...
miss_perfect replied at 13-6-2023 10:55 PM
Cakap pasal culture woke tu, I dah tengok movie yang Michelle Yeoh menang Oscar tu.... Hmm... Okla ...
estrelle replied at 13-6-2023 02:32 PM
Mungkin Ada unsur kesian sikit Tu Kaka.Kalo org celik nyanyi MCM dia tak Rasa sampai dapat golden ...
miss_perfect replied at 13-6-2023 11:06 PM
Kenapa I rasa judge dia makin lenient ye sekarang? I takde la tengok selalu AGT ni tapi I rasa Sim ...
dudaberhias replied at 13-6-2023 11:07 PM
khennn...woke culture memang suka la kalau pompuan berhijab, asian and disabled ke etc (selain dar ...
dua_chzy replied at 13-6-2023 09:08 PM
Aiol tafaham camna sheols dapat golden buzzer sebab idok la impressive mana pun perfomance she.
ADVERTISEMENT