Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu dan memberi kata-kata semangat kepada peserta program realiti America's Got Talent 2023 dari Indonesia, Putri Ariani, 17, yang berhasrat ingin berduet dengannya.
Siti, turut menitipkan pesan kepada Putri Ariani agar terus berusaha untuk membanggakan ibu bapanya serta negara termasuk berpegang teguh pada agama dan jati diri.
"Masya Allah adik Putri Ariani, teruslah berjaya dan terbang tinggi, banggakan ibu bapa mu dan negara mu, serta terus menjaga agama dan jati dirimu," tulisnya. di IG.
Foto: IG
Coretan ingatan ikhlas daripada Siti itu mendapat maklum balas daripada Putri Ariani yang berterima kasih dan menyatakan impiannya untuk bertemu sekali gus dapat berduet dengan penghibur nombor satu tanah air itu.
"Terima kasih banyak. Putri suka sangat lagu-lagu Siti, semoga boleh berjumpa, nak sangat berduet," balasnya yang mendapat respon seterusnya daripada Siti.
"InsyaAllah sayangku," balas Siti.
Terdahulu, nama Putri Ariani menjadi tular dan menarik perhatian netizen di media sosial selepas mendapatkan 'Golden Buzzer' daripada juri America's Got Talent 2023, Simon Cowell pada sesi uji bakat disertainya.
Menariknya mengenai gadis istimewa ini, dia disifatkan Cowell sebagai antara peserta terbaik pernah terbabit dalam America's Got Talent yang layak mendapatkan 'Golden Buzzer' itu kerana bakat dimiliki.
Mengenali Cowell yang tidak mudah menekan butang 'Golden Buzzer' untuk diberikan kepada peserta, Putri Ariani berjaya mencetuskan kejutan ramai.
Apatah lagi, Putri Ariani yang cacat penglihatan tampil berani mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri dalam uji bakat itu, sebelum menyahut cabaran Cowell menghiburkan tetamu dengan lagu Sorry Seems to Be the Hardest Word nyanyian asal, Sir Elton John.
Tidak hanya Siti, gadis ini juga sangat kagum dan meminati penyanyi terkenal kelahiran negaranya iaitu Datuk Seri Rossa yang disifatkan memiliki vokal lunak dan mantap.
Sehubungan itu, video persembahan uji bakat Putri Ariani yang 'trending' nombor tiga di YouTube hingga kini sudah mencatat 26 juta tontonan dalam tempoh enam hari dimuat naik sejak 7 Jun lalu. -CARI
Post time 13-6-2023 10:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dudaberhias replied at 13-6-2023 10:35 PM
sebab dia asian + buta + pakai tudung...
kan sekarang ni culture woke kaka...
Cakap pasal culture woke tu, I dah tengok movie yang Michelle Yeoh menang Oscar tu.... Hmm... Oklah dia menang sebab dia memang boleh berlakon pun, tapi movie tu... Cemana entah rating IMDB 7.8.
Untuk tak OT, hmmm betullah tu dia dapat golden buzzer atas sebab-sebab yang kakadud tulis tu. Sebab yang dance group dari Jepun tu bagus, kat YouTube orang pelik sebab apa tak dapat golden buzzer, pastu ada je orang jawab sebab diorang takde sob story.
khennn...woke culture memang suka la kalau pompuan berhijab, asian and disabled ke etc (selain dari lgbt)...
memang untung sape masuk amerika sekarang harus di woke woke...
ada la positive side woke culture ni tak di nafikan...
sekarang ni theyols gigih semua drama/siri nak letak pompuan asia lepastu pompuan berhijab...
lgbt pun memang harus ada yach...
yang citer xo kitty kat netflix tu pun woke jugak tu... pelakon dia tak berapa ensem la pulak kecuali sorang laki tu...
Post time 13-6-2023 11:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Komen netizen sana ckp sblm putri ni dpt gold buzzer masing2 buat mcm tak lyn dia je, mcm tak begitu hargai bakat bdk ni , lbh sibuk cari yg viral je .
Post time 13-6-2023 11:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dudaberhias replied at 13-6-2023 11:07 PM
khennn...woke culture memang suka la kalau pompuan berhijab, asian and disabled ke etc (selain dar ...
Ada bagusnya la woke culture ni sebab dapatla kita tengok minority representation... Tapi yg tak bestnya diorang mesti nak selitkan agenda dan propaganda walaupun kadang2 kalau takde naratif pasal benda2 woke ni tak merosakkan pun cerita tu.