Ibu kepada penyanyi Virgoun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bekas menantunya, Inara Rusli dalam satu temu bual bersama Intens Investigasi. Dedah Eva Murung, wang bulanan yang diberikan kepadanya sedikit selain menuduh Inara tidak pandai mengurus kewangan.
Katanya lagi, wang diberikan Inara sebanyak 2.7 juta rupiah (RM840) tidak cukup untuk menampung kehidupannya di Jakarta. Tambahnya, Virgoun akan memberikan wang setiap bulan kepada Inara sebanyak 70 juta rupiah (RM2,177) namun enggan ‘bersedekah’ duit tersebut kepada yang memerlukan. Dia turut meminta agar bekas menantunya itu tidak terlalu tamak haloba dan menggunakan semua wang diberikan Virgoun untuk dirinya sahaja. Eva turut merungut kerana hanya diberikan 500,000 ribu rupiah (RM155) ketika perayaan Krismas. Bagaimanapun, Inara tampil membela diri dan berkata wang yang diberikan kepadanya itu adalah mengikut persetujuan dibuat sebelum ini.
Ketika ini, di Indonesia sedang hangat berlaku perbalahan di antara kakak serta ibu Virgoun bersama dengan bekas isterinya sejak tular tentang pendedahan Inara. Sumber: BeautifulNara
|
ADVERTISEMENT