CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kiss Now, We Want Kiss, Cium," Ain Edruce Dengan Rakan Artis Terjerit-Jerit Di Majlis Kahwin Janna Nick

13-6-2023 07:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5458| Komen: 60

Tular sebuah video memaparkan gelagat Ain Edruce bersama rakan-rakan artis menjerit meminta pasangan pengantin untuk bercium ketika Dini Schatzmann sedang menyarungkan cincin kepada Janna Nick.

Di TikTok, Ain dan beberapa tetamu lain sedang menjerit ke arah satu sama lain yang ditujukan kepada pasangan mempelai tersebut.

Foto: IG

“Kiss now, we want kiss, cium,” katanya.

Di ruanngan komen, beberapa netizen terhibur melihat gelagat Ain dan tetamu lain yang menggamatkan suasana majlis.



Namun begitu, ramai netizen membanjiri komen dengan mengaitkan kejadian tersebut dengan kehadiran penceramah Ustaz Wadi Annuar ke majlis tersebut.


Malah, ada juga yang mengatakan gelagat segelintir tetamu seperti tidak menghormati kehadiran pendakwah bebas berkenaan.



“Malunya aku Ustaz Wadi ada lagi kat situ aku pula yang malu. Okay aku dah faham keadaan macam mana yang Ustaz Wadi cakapkan tu.

“Aduh kesian ustaz, mesti tak selesa sangat. Patutlah Ustaz Wadi Annuar balik awal,” komen netizen. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 13-6-2023 07:24 PM
tak cium pun kena kecam mcm2, kalau bercium tak tau lah jadi apa
Quote Suchi 13-6-2023 07:28 PM
Netizen tak rilekss.. tu gurau2 je pun
Pastu sbb ada sorang ustaz semua org takleh itu tak leh ini.
Buat mejelis khas tuk keluarga terdekat dan rakan2 je, bkn jemput netizen pun.
Tp netizen punya kecoh mcm depa pun tetamu jemputan kt situ. Serba tak kena kt mata.
Quote dudaberhias 13-6-2023 07:37 PM
choii eiuwwww motipppp nak suruh orang cium2 bagai...
baik suruh australian kiss je terus atas tu!

untuk yang tak tahu australian kiss tu apa boleh tengok video ni yach...
dekat minit 0:15

[fbv]1901731999908813[/fbv]



Quote makadek 13-6-2023 08:26 PM
Hebat penangan uwa ni kan semua back up kaw2 hina nya majlis janna dimata diorang
Quote AkokKocik 13-6-2023 09:16 PM
Wadi sndri gatal nk dtg, tetamu plak kena kecam, bkn xtau byk tetamu retis2...nak sangat nempel dgn retis, hadaplah...mek Janna plak dkecam buat majlis terpaling maksiat....koser.
Quote missyL 13-6-2023 11:36 PM
Cntik janna
Dini mcm kanak2 sgt muka haha
Semoga hingga ke jannah
Quote missyL 13-6-2023 11:37 PM
AkokKocik replied at 13-6-2023 09:16 PM
Wadi sndri gatal nk dtg, tetamu plak kena kecam, bkn xtau byk tetamu retis2...nak sangat nempel dgn  ...

Ntah
Pastu Acah2 plk
Btol ke die xmkn
Bg iols sgt rude tau perangai
Klo btol xpyh dtg
Ckp je bz
Poyo btol
Quote abadi84 13-6-2023 11:44 PM
Suchi: Netizen tak rilekss.. tu gurau ...


Iolls suka konsep wedding JN ni. Simple dan tak serabut nak berarak, tepung tawar bagai.
Quote stania83 13-6-2023 11:50 PM
Rosak majlis ni bukan kg kalut ain
Quote axl_bach 13-6-2023 11:52 PM
Patut suruh si Ropi nyanyi lagu Lahanat Pengantin Baru dia tu
Quote doubleA 13-6-2023 11:58 PM
Bingitnya ain. Moment tu biar lovely korang terjerit2
Quote anony-mous 14-6-2023 01:13 AM
Knp la janna pilih baju tu? Ketara gemok. Dlm gmbar xnmpk sgt

Kalau wedding kawan yg i rapat, rasanya i la jd watak ain tu
Quote dua_chzy 14-6-2023 01:15 AM
anony-mous replied at 13-6-2023 05:13 PM
Knp la janna pilih baju tu? Ketara gemok. Dlm gmbar xnmpk sgt

Kalau wedding kawan yg i rapat, rasan ...

Sama. Sah2 aiols jadik Ain.
Quote I.K.A888990 14-6-2023 01:19 AM
td tgk walimatururus depa kat astro..soft spken sggh la si dini ni..
Quote anony-mous 14-6-2023 01:23 AM
dua_chzy replied at 14-6-2023 01:15 AM
Sama. Sah2 aiols jadik Ain.

Haha klau nikah tu faham la duk diam2. Bila mcm ni kdg2 terlepas perngai mcm ain lg2 kalau org yg rapat
Quote CikYaYaYa 14-6-2023 01:41 AM
Budak2 betoi mukaa si dini
Quote nolya 14-6-2023 02:00 AM
hokeypokey replied at 13-6-2023 07:24 PM
tak cium pun kena kecam mcm2, kalau bercium tak tau lah jadi apa

Tak payahlah nak cium2 mcm pengantin akad depan padri 'U may kiss the bride'. Cium dahi spt selepas akad masih boleh diterima di kalangan masyarakat melayu, ttpi jgnlah berlebihan melampaui batas.  Artis2 n celebs ni, ko ya pun terlalu gembira, jgn sampai lupa diri, berpada2lah, jgn sampai membelakangkan adat kesopanan melayu. Pengantin akan berciuman, ttpi berciumlah di bilik, tak sopan dipertontonkan kpd ramai.
Quote razzia 14-6-2023 04:06 AM
sangkak la ain ni nyampah terjerit2
Quote tikusmontok 14-6-2023 04:31 AM
Batak sakainya perangai kat majlis orang, macam chimpanzi baru lepas kandang. Lama dah pangkah tine ni, dah la try hard sgt buat lawak terjerit2.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.047611 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top