CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

MK K-Clique Nikah Dengan Siti Hajaar Jumaat Ini

13-6-2023 06:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4947| Komen: 24

MK K-Clique bakal bernikah dengan wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, Jumaat ini.

Majlis pernikahan MK dan pasangannya itu bakal berlangsung jam 8 pagi di Masjid Jamiil Huda, Kampung Melayu Ampang di sini.


Foto: IG

Berita pernikahan penyanyi rap kelahiran Tawau, Sabah ini juga turut menamatkan spekulasi dirinya bakal berkahwin dengan gadis yang digosipkan dengannya sebelum ini.

Terdahulu, tular video yang memaparkan aksi mesra MK yang menyaksikannya memimpin tangan seorang wanita tular di media sosial, baru-baru ini.


MK mengakui dia tidak berniat mempamerkan aksi mesra terbabit dan memaklumkan insiden berpegangan tangan itu berlaku kerana tergopoh-gapah mengejar masa untuk menghadiri majlis jamuan Aidilfitri.

"Pada masa itu, kami dalam keadaan kelam-kabut kerana sudah terlewat untuk menghadiri satu acara. Perkara itu (pimpin tangan) berlaku secara spontan.


"Lagipun, saya dikelilingi anggota keluarga. Di depan, kakak saya, manakala di sebelah adalah adik-adik saya. Kalau nak tunjuk mesra pun belum masanya lagi," katanya.

Pada Mei lalu, penyanyi rap ini membuat ramai peminat wanita patah hati apabila tular video yang menyaksikan dirinya memimpin tangan seorang wanita dalam satu majlis.


Lebih membuat ramai cemburu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian sedondon berwarna hitam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-6-2023 06:37 PM
alhamdulilah tak sabar betul nak tunggu kelindan lori ni kahwin...gigi tu buat kat mana tu chuolsss??
ada tanam2 mentos dalam gusi ke macam si sol buat??? tu welding terus ke atau kena tampal2 pakai polident tiap pagi....


lepasni takde dah la cikki2 bertudung gigih mengelenyar merembes tengok kelindan lori ni tunjuk halkum, tunjuk badan bagai...

kalau setakat nak rhoperr2 gini ko pergi duduk sabak bernam je lah nokkk... penuh mat rempit leluhur hindu majapahit kat situ...
cuma kena jaga2 takut kena bakar tepi parit jah...

kalau iols... iols flip hair jah.. tidak menepati citarasa yach... di bagi jambatan emas serhoper puteri gunung ledang tu pun iols tolak dengan lebih dahsyat berbanding puteri tu... dengan hangtuah2 tu pun haku sanggup bersilat untuk menolak lamaran...





Quote hokeypokey 13-6-2023 06:53 PM
laaa ingatkan ada gambar nikah, rupa si siti hajar tu pun dh lupa
Quote margo20 13-6-2023 06:54 PM
Bagusla kawin dr usung sane sini
Quote telracs 13-6-2023 06:56 PM
Mana video pimpin tangan tu?
Quote kechikchomel 13-6-2023 06:57 PM
Macam JN-Dini jugak la. Nikah awal pagi. Tapi yg ni nikah hari Jumaat kan..maybe nak kejar solat jumaat. Jangan terlajak tidur dah la. Lagi afdhollll malam tu qiamullail n tido kat masjid je.
Quote Aneem 13-6-2023 07:15 PM
Mcm shial je muka dia ni
Jenis nak mintak kaki
Quote dudaberhias 13-6-2023 07:16 PM
kechikchomel replied at 13-6-2023 06:57 PM
Macam JN-Dini jugak la. Nikah awal pagi. Tapi yg ni nikah hari Jumaat kan..maybe nak kejar solat jum ...

patutnya nikah hari khamis lagi mudah urusan...

pagi2 nikah... lepastu sanding2...
senyum2 sikit tunjuk gigi mentos tengkorak tu...
ok selesai semua...

malam2 melambung sampai ke syiling...

esok subuh mandi wajib jah...

lepastu pagi2 tu tacap2 la sikit kapur kasut kat gigi mentos tu mana tahu sisa2 lauk kenduri semalam terlekat.. sebab kalau gigih putih sangat ni boleh nampak lauk pauk chuolsss... lagi2 masak2 itam...


Quote Rogue98 13-6-2023 07:23 PM
Dah sapa pulak siti hajar ni....nama mcm org dulu2 jer...org Perlis ke tu...
Achik jeri jugak lah tak penuh2 tabung...
Quote Nanadjo 13-6-2023 07:26 PM
Rogue98 replied at 13-6-2023 07:23 PM
Dah sapa pulak siti hajar ni....nama mcm org dulu2 jer...org Perlis ke tu...
Achik jeri jugak lah ta ...

Kesian acik jeri sampai sudah diungkit tu la, kaki gebang lagi.
Quote sleepandream 13-6-2023 07:41 PM
musim retis kawen yach... musim sondol dah berlalu
Quote I.K.A888990 13-6-2023 08:36 PM
sapa je budak tu
Quote purplelilac 13-6-2023 09:13 PM
dudaberhias replied at 13-6-2023 06:37 PM
alhamdulilah tak sabar betul nak tunggu kelindan lori ni kahwin...gigi tu buat kat mana tu chuolsss? ...

Seram la nak kiss org pakai veneer ni, tkot nnt tertelan veneer tu
Quote slyfynx 13-6-2023 09:25 PM
Gigi beliau mmg pakai veneer eh?
Ke crowning?
nmpk fake sgt pulak
Quote Suchi 13-6-2023 09:28 PM
Eh esok lusa je la nk kawen dah kan
Wah semua wat awal pagi gituhhh

Quote CikYaYaYa 14-6-2023 01:35 AM
Sampai sekarang iols xpaham apa yang hensem dia nie? Cikki2 bertudung ramaii naww dukk ovari pecahhh tgk mamak niee
Quote makton 14-6-2023 07:28 AM
kes kau pegang tangan tu pun acik dah lupa. sendu bethol kau ni
Quote Burong_Hantuk 14-6-2023 07:44 AM
klu x filter gambar2 dia,mesti kepam kan rupa dia yg sbnr???
Quote rosedemon 14-6-2023 09:19 AM
watevaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote pembacagosip 14-6-2023 09:36 AM
Rogue98 replied at 13-6-2023 07:23 PM
Dah sapa pulak siti hajar ni....nama mcm org dulu2 jer...org Perlis ke tu...
Achik jeri jugak lah ta ...

pernah baca kat sini ada porumer kata somebody anak org kaya gituuu
harus la nak kahwin kan

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.157373 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top