Pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menjaga anaknya, Sumayyah yang menjalani kuarantin di rumah selepas dijangkiti virus Covid-19 buat kali kedua. Pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, berkata, hatinya luluh apabila setiap kali membuat panggilan video anaknya itu menangis kerana mahukan dia berada di sisi.
Aktres itu berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada pagi Selasa. "Sedih sangat kali ini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab saya sibuk shooting. Alhamdulillah, mama saya tolong jagakan Sumayyah. "Tapi setiap kali membuat panggilan video pasti dia menangis nak Mama. Allah sahaja tahu luluh hati ini bila berjauhan dengan anak," katanya. Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini memohon orang ramai mendoakan agar anak perempuannya itu diberikan kesembuhan daripada virus berkenaan.
|
dudaberhias: semoga cepat sembuh...sol tak nak tolong jaga ke?kan bapak dia sanggup downgrade dari jadi anak dato ke pembantu cuci pinggan dan bibik kat rumah kaza ...
cikatilia replied at 13-6-2023 03:29 PM
kejam tapi benar ayat kau hahahahahahahaha
hauk gila.. org pakai keta saga tahun 90an pon idok nye ...
dua_chzy replied at 13-6-2023 03:00 PM
Bahaya betul budak balik2 kena Covid. Paru2 mesti dah tak normal.
Suchi replied at 13-6-2023 06:37 PM
Anak iols dh 4-5 kali kena covid
Tak penah amik vaksin
Sejak masuk sekolah 20/3 tu asik batuk je k ...
asfaz replied at 13-6-2023 06:41 PM
Anak kawan ai kena covid 2x kot. Lepas tu masa masuk sekolah ,dia tak dpt dtg dekat sebulan lebih. ...
Suchi replied at 13-6-2023 10:37 AM
Anak iols dh 4-5 kali kena covid
Tak penah amik vaksin
Sejak masuk sekolah 20/3 tu asik batuk je k ...
ADVERTISEMENT