CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1640|Reply: 11

Puteri Sarah Sedih Tak Dapat Jaga Anak Positif Covid-19 Kali Kedua

[Copy link]
Post time 13-6-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menjaga anaknya, Sumayyah yang menjalani kuarantin di rumah selepas dijangkiti virus Covid-19 buat kali kedua.


Pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, berkata, hatinya luluh apabila setiap kali membuat panggilan video anaknya itu menangis kerana mahukan dia berada di sisi.






Aktres itu berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada pagi Selasa.


"Sedih sangat kali ini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab saya sibuk shooting. Alhamdulillah, mama saya tolong jagakan Sumayyah.


"Tapi setiap kali membuat panggilan video pasti dia menangis nak Mama. Allah sahaja tahu luluh hati ini bila berjauhan dengan anak," katanya.


Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini memohon orang ramai mendoakan agar anak perempuannya itu diberikan kesembuhan daripada virus berkenaan.


  



"Rindu sangat dengan anak kecil ini. Doakan semua ya Sumayyah sembuh dari Covid-19. Ini kali kedua Sumayyah kena. Hari ini dah hari keenam dia kuarantin," ujarnya.


Hasil perkahwinan Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2023 02:57 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh...

sol tak nak tolong jaga ke?
kan bapak dia sanggup downgrade dari jadi anak dato ke pembantu cuci pinggan dan bibik kat rumah kazar... siap buat keje part time jadi kementerian kesihatan tolong fogging jalan2 kat KL tu pakai lambo untuk membasmi nyamuk aedes...

apa salahnya dia jadi bibik untuk anaknya sendiri di waktu memerlukan macamni...

acik siti aisyah jaga budak sha wang taiwan tu elok jah walaupun bukan anak sendiri... dah la budak tu nampak wangi... rumah orang tu pun bersih dari rumah kazar dan tok selam...

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya betul budak balik2 kena Covid. Paru2 mesti dah tak normal.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur sumayyah xcerita  kesedihan kat bebird ke rabbit ke sbb mak Pak xdpt teman kuarantin...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 03:29 PM | Show all posts
dudaberhias: semoga cepat sembuh...sol tak nak tolong jaga ke?kan bapak dia sanggup downgrade dari jadi anak dato ke pembantu cuci pinggan dan bibik kat rumah kaza ...


kejam tapi benar ayat kau hahahahahahahaha
hauk gila.. org pakai keta saga tahun 90an pon idok nye berasap2.. even kereta datsun ke yg pakcik2 bawak ke kebun sawit pon sihat walafiat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 13-6-2023 03:29 PM
kejam tapi benar ayat kau hahahahahahahaha
hauk gila.. org pakai keta saga tahun 90an pon idok nye ...


Khennn... Acik2 marhaen pakai kete buruk melebihi usia patut di lenyek jadi besi buruk pun aman2 jah tak berasap kete theyols...

Sangka baik dan husnuzon je la kaka... Si sol gigih nak mencari nafkah untuk dua isteri sekarang sampai buat part time keje kementerian kesihatan untuk sembur asap kat kawasan2 denggi...

Iols nak support somi yang rajin cari rezeki untuk anak bini... sesape ada nombor sol boleh roger2 kaka yach nak minta suruh fogging di perumahan kawan iols nanti... Kawan iols tu baru2 ni kena denggi jadi nak minta si sol perasap pakai lambo heols kat seluruh perumahan tu... Tapi nak request asap tu bau pewangi ye, jangan bau polident dan mentos pulak!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke lambo sol jahanam sbb puak kazar salu guna? Biasela kalau kera dapat bunga mmg camtu khueennn....kazarian dpt jackpot si sol n Lambo sol...tu di lenjan2 Lambo sol Guna buat rempit
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 06:12 PM | Show all posts
get well soon sumayyah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-6-2023 03:00 PM
Bahaya betul budak balik2 kena Covid. Paru2 mesti dah tak normal.

Anak iols dh 4-5 kali kena covid
Tak penah amik vaksin
Sejak masuk sekolah 20/3 tu asik batuk je kejap ok kejap tak ok.
Skrg ni mata berair je nk kata sakit mata bkn rasanya sbb dia batuk la kot.
Dah bg air kelapa pun tak sembuh.
Nak plak cuti aritu balik kg kazen dia batuk gak
Emm balik sini demam pastu sambung batuk2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 13-6-2023 06:37 PM
Anak iols dh 4-5 kali kena covid
Tak penah amik vaksin
Sejak masuk sekolah 20/3 tu asik batuk je k ...

Anak kawan ai kena covid 2x kot. Lepas tu masa masuk sekolah ,dia tak dpt dtg dekat sebulan lebih. Batuk teruk + astma.  Bagi tiger mushroom ke apa tu tak Jalan . Lastnya injection. Baru ok .
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 13-6-2023 06:41 PM
Anak kawan ai kena covid 2x kot. Lepas tu masa masuk sekolah ,dia tak dpt dtg dekat sebulan lebih. ...

Doktor tak penah plak offer cucuk utk batuk
Lepas ni kena minta la kot
Malas dah nk mkn ubat batuk bagai anak plak bkn nk mkn sgt.
Lelagi kalau time dia demam, iols paling tak suka bila anak demam mesti dia tak lalu mkn udahnya perut kosong dan mula la muntah2
Mmg tak guna la nk bg ubat apapun tetap akan kuar balik sudahnya ntah bila nak sembuh.
Biasanya doa jelaa byk2 supaya bila dia telan air or mknn tu biar bertahan la dlm 20 minit so kalau lepas 20 minit tak muntah insyaAllah perut akan ok sbb dh tak kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 13-6-2023 12:35 PM
Suchi replied at 13-6-2023 10:37 AM
Anak iols dh 4-5 kali kena covid
Tak penah amik vaksin
Sejak masuk sekolah 20/3 tu asik batuk je k ...


Alllaaahhhh kesiannya anak uols...Semoga dipermudahkan kesembuhan untuk dia...Aiol yang dah kertu, baru sekali kena Covid pun dah ntah hapa2 effect kat paru2. Batuk lambat sembuh, etc. Ujung2 aiols bior ja malas makan apa2 ubat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.105891 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list