Nama seorang personaliti media sosial dan usahawan terkenal heboh menjadi bualan hangat di TikTok. Menurut XTRA, menerusi pendedahan tersebut, individu itu berkata pempengaruh tersebut dikhabarkan memilih projek yang hanya akan memberi keuntungan kepada pihak mereka sahaja.
Perkara tersebut timbul selepas individu itu mahu meminta sumbangan daripada syarikat pempengaruh itu untuk membawa anak muridnya ke Sabah bagi mengurangkan kos pengangkutan. Namun, dia terkejut dengan tindakan pembantu peribadi pempengaruh itu yang seakan biadap dan angkuh. “Sebelum ni adalah saya contact seorang personal assistant (PA) kepada influencer/founder terkenal ni.. Tujuan call hanya untuk bertanya tentang permohonan sponsor untuk program sekolah (saya nak bawa murid untuk pergi Sabah) jadi kita cari fund kalau boleh kurangkan kos.. “Kami tak paksa pun untuk bagi sumbangan.. Nama pun permohonan kita cuma cuba mana tahu rezeki anak-anak murid dapatlah kurangkan sikit kos untuk diorang bayar join program ni.
“Saya call tanya feedback dapat sumbangan ke tak.. Nak tahu jawapan je dapat atau tak tak apa. Tapi PA ni dengan nada yang sangat arrogant dia tanya saya, hantar dekat siapa, saya cakap hantar sendiri dekat office. “PA kata tak terima dan cakap pihak mereka tak ada peruntukan untuk program macam ni. Saya cuma terkejut.. ,” katanya. Individu tersebut bagaimanapun akur dengan keputusan pempengaruh itu namun terkilan dengan cara PA memberi jawapan. “So ok la saya macam tak apalah tu hak diorang cuma terkilan ada ayat dia last tu, ‘kita takkan bagi kalau tiada kepentingan untuk kita’. “Saya terus fikir patutlah viral laju je tolong, marketing kan. Jadi selama ni yang tunjuk tu semua sebab ada kepentingan la ya? “Bukan betul-betul ikhlas nak tolong? Selama ni tunjuk prihatin sebab nak nama je ke?,” soal individu berkenaan. -CARI
|
akuHavocczz replied at 13-6-2023 01:02 PM
YB kau mana? PIBG kau mana? tiberrr nak pergi sabah minta bantuan dia. Camtu aku pun nak gi europe m ...
dudaberhias replied at 13-6-2023 09:30 AM
laaa betul la apa dia jawab tu... takyah la nak terkilan2 bagai... apa kepentingan untuk deorang? he ...
dudaberhias replied at 13-6-2023 09:30 AM
laaa betul la apa dia jawab tu... takyah la nak terkilan2 bagai... apa kepentingan untuk deorang? he ...
matjerk replied at 13-6-2023 05:56 PM
Tu lah.... bodoh betol org yg memintak tu.....
Ko ingat nak bg ribu2 saja2 ke???? Semua bende kat ...
Juniperberri replied at 13-6-2023 09:17 PM
setuju dgn u...halah2 tak beragak nak rombongan sampai ke sabah. my eyes rolling so hard sambil ba ...
ADVERTISEMENT