Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani, kali ini akan bertegas mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuba memfitnah dan mencalarkan nama baiknya. Menerusi laporan mStar, selebriti berusia 23 tahun itu, dia tidak akan memberikan sebarang penjelasan sekali gus mempertahankan diri menerusi media sosial susulan namanya dikaitkan dengan tuduhan menghamilkan seorang wanita baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar, Ismail Izzani Nazeri berkata, itu tersebut bermula dengan komen netizen yang menyebut nama saya tapi dia sebut mungkin disebabkan saya banyak buat hal sejak akhir-akhir ini. "Selepas berbincang dengan keluarga dan pihak pengurusan, saya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sebut nama saya kerana ia tidak benar," katanya kepada mStar. Tambahnya lagi, setakat ini dia masih boleh bersabar dengan gangguan wanita tersebut kerana ia masih belum sampai ke tahap memudaratkan diri dan keluarganya.
Dalam pada itu, Ismail tidak menolak ada pihak tidak berpuas hati dengannya kerana pernah menerima mesej berbuar ugutan daripada seorang wanita tidak dikenali. "Saya tidak pasti sama ada kes hamil ini daripada orang sama atau tidak, tetapi memang ada individu yang sentiasa buat akaun baru dan hantar mesej kepada saya secara kerap. "Mesej yang saya terima juga pelik, bercakap fasal bomoh yang buat saya risau tapi nak block macam tidak guna, jadi saya telan saja apa dia kata," luahnya.
|
ADVERTISEMENT