Sementara itu, Ismail menganggap apa menimpanya sebagai cabaran meskipun kontroversi melandanya seolah-olah tidak berkesudahan.
Kontroversi yang melanda juga membuatkan dia lebih menjaga pergaulan dan tingkah laku kerana tidak tahu siapa yang mempunyai niat tidak baik terhadapnya.
"Saya percaya Allah bagi cabaran sebab nak tengok macam mana saya hadap dan selesaikan.
"Tapi apa yang berlaku macam wake up call untuk saya selesaikan perkara tertentu dalam hidup saya... Saya juga lebih berjaga-jaga dengan siapa (berkawan) dan tingkah laku," jelasnya.
Terdahulu, nama Ismail dikaitkan dengan dakwaan seorang wanita yang mendakwa seorang selebriti lelaki enggan bertanggungjawab selepas menghamilkan dirinya.
Lebih malang, artis berkenaan mendesak dia menggugurkan kandungan sebelum meninggalkannya begitu sahaja.
Bagaimanapun netizen memetik nama Ismail sebagai selebriti lelaki dimaksudkan sebelum dinafikan oleh pemilik akaun Tiktok yang mendedahkan perkara itu.
Pemilik akaun berkenaan juga bertindak memohon maaf kepada Ismail sebelum menyahaktifkan profil TikTok tersebut.
Ibu Ismail iaitu Datin Suzila Salam menerusi kenyataan ringkas kepada mStar tidak terkejut dengan dakwaan tersebut yang dianggap fitnah kerana ia bukan kali pertama berlaku.
Sumber: mStar