Selepas digosipkan bersama aktor Hollywood Tom Cruise, siapa sangka apabila penyanyi Colombia, Shakira dikhabarkan menghabiskan lebih banyak masa bersama pelumba Formula Satu, Lewis Hamilton.
Sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitahu bahawa kedua-duanya berada di peringkat awal hubungan selepas beberapa kali dilihat bersama. "Mereka menghabiskan masa bersama dan dalam peringkat 'mengenali'," kata sumber itu. Kedua-duanya pertama kali dilihat ketika Shakira menghadiri Grand Prix Miami bulan lalu dan mereka makan malam bersama selepas itu. Video yang tersebar menunjukkan penyanyi 'Hips Don't Lie' dan legenda Formula Satu itu bersama di restoran popular, Cipriani, di Miami, Amerika Syarikat. Hanya beberapa hari selepas makan malam, Lewis membawa penyanyi Colombia itu bersiar-siar bersama rakannya di Miami.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT