CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kontroversi Tidak Jejas Jualan Tiket – Sabyan Gambus

10-6-2023 11:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 349| Komen: 0

Description: Duo terkenal Indonesia, Nissa dan Ayus dari kumpulan Sabyan Gambus yakin kontroversi yang dikaitkan dengan mereka sebelum ini tidak akan mengganggu jualan tiket untuk konsert Alunan Puitis Cinta Ilahi ...
Duo terkenal Indonesia, Nissa dan Ayus dari kumpulan Sabyan Gambus yakin kontroversi yang dikaitkan dengan mereka sebelum ini tidak akan mengganggu jualan tiket untuk konsert Alunan Puitis Cinta Ilahi yang diajdualkan berlangsung Ogos depan.


Kata Nissa, mereka yakin peminat akan tetap memberi sokongan dan memilih untuk bersama kumpulan tersebut dalam keadaan sekalipun.


“Insya-Allah ia (kontroversi) tidak mengganggu. Doakan.

“Mahu atau tidak, perjalanan perlu diteruskan. Alhamdulillah, peminat masih bersama kami dan malah sokongan mereka bertambah,” katanya.

Nissa sekitar awal tahun ini menjadi tular selepas dikaitkan menjadi orang ketiga yang mengakibatkan penceraian Ayus dan isterinya, Ririe Fairus.

Malah timbul dakwaan bahawa Nissa dan Ayus kini bergelar suami isteri. Sehingga ke hari ini, kedua-duanya kekal mengunci mulut, mengelak daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kesahihan khabar angin tersebut.


Bercakap tentang konsert berkenaan, Ayus memaklumkan dia dan Nissa tidak sabar untuk berkunjung ke bandar bersejarah, Melaka yang belum pernah dilawati mereka sebelum ini.

“Ini merupakan kali pertama kami ke sana. Kami dimaklumkan durasi perjalanan adalah sekitar dua jam lebih kurang.

“Apa pun kami tidak sabar untuk ke Melaka sempena konsert kami nanti dan tidak akan melepaskan peluang menikmati makanan tempatan yang ada di sana,” katanya lagi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.039934 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top