CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Bertembung, Pemandu Lelaki Cedera, Wanita Sarat Mengandung Selamat

12-6-2023 11:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 325| Komen: 1

Kajang: Seorang lelaki cedera manakala wanita sarat mengandung terselamat selepas kereta mereka bertembung di Jalan Kampung Sungai Lalang, Semenyih di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke lokasi.


Bomba menjalankan kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa terbabit kemalangan. FOTO Ihsan Bomba

"Pasukan tiba dalam tempoh lapan minit dan mendapati dua kereta bertembung iaitu sebuah kereta Honda City dipandu seorang wanita berusia 35 tahun yang sedang sarat mengandung dan sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 30-an.

"Mangsa wanita tidak mengalami kecederaan manakala mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kemalangan itu pada jam 7.02 pagi.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 12-6-2023 11:51 AM
value berita??

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.038990 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top